Thursday, October 28, 2010

padan muka kami.

salam.

tadi pagi.
aku datang sekolah awal sikit.
lepas itu aku pergi perhimpunan dan duduk dekat kantin sekolah.
lepas itu aku bukak buku kimia dan membaca sambil menghafal. sebab ini hari, exam. paper chemist.
dan sambil2 itu aku memerhati di sekeliling. classmate 4s1 aku takde pun. buddy aku yang dekat 4s2 dengan 4t1 takde pun. jadi aku membuat keputusan untuk naik ke kelas.

dalam kelas:
aku baca buku dekat balkoni dengan Piya, si kawan baikku.

dan dia cakap :eh kau tunggu jap kat sini.aku nak pergi kelas Mumy jap."

aku: "okey"

kemudian aku terlihat seorang lelaki memakai baju berwarna biru cair yang gelap.(biru laut pekat).
ya itu seorang pengawas. tingkatan lima. dia berhenti di kelas Mumy(4s2) dan berkata sesuatu tetapi aku tak dapat mendengar disebabkan jarak yang agak jauh antara kami.
nampak gayanya macam dia suruh turun bawah or turun ke tapak perhimpunan.
aku masuk ke dalam kelas dan cakap kat Syaff, Bitt dan Jiji,

aku: "aku rasa pengawas tu suruh turun bawah"

lepas itu dia orang balas "nak baca buku"

lepas tu aku keluar dan pengawas lelaki tadi cakap dekat budak2 kelas aku: "cikgu suruh turun bawah"

kami pun turun.
sesampainya kita orang dekat perhimpunan semua mata2 tertumpu ke arah kita orang, si budak2 kelas 4s1,4s2 dan 4t1.
dan kita orang mendengar nada2 amarah dari cikgu Shah.
dan kita orang diarahkan oleh beliau untuk berdiri di hadapan perhimpunan secara beramai-ramai.
dan beliau mengarahkan kita orang untuk ketuk ketampi sebanyak 20 kali.
dan seterusnya pelajar2 lain mengira 20 kali berturut2.
kami malu.

Auni cakap: "tu lah kau orang, aku nak turun, kau orang taknak, kan dah kena"

aku: "tu lah kau orang, aku cakap pengawas tu suruh turun kau orang tak nak.kan dah kena"

kita orang memulakan denda yang dikenakan sampai siap.
dan kakiku sudah lenguh.
dan kepalaku sudah pening2 lalat kerana menahan malu dan penat.
nafas tercungap2.
kemudian kita orang disuruh masuk ke dalam barisan kelas masing2 di tapak perhimpunan tersebut.
aku melihat mata2 beberapa orang makhluk perempuan sedang menatap kami sambil memeluk tubuh. ada yang bercekak pinggang. sambil tersenyum sinis.
haha. itu geng2 dia. kelihatan seperti mereka itu berpuas hati.
apa aku peduli. haha. dalam konteks ini mereka adalah watak antagonis.

dalam kelas selepas balik dari perhimpunan:
peperiksaan bermula. kimia kertas 2.
aku membaca soalan pertama.dan...
stucking. kerana kepala berat. menahan malu tadi.
aduh bila nak hilang ni blur ni.

PSST: padan muka. exam chemist tadi susah gila. soalan yang sangat kiut.


Piya:
si kawan baikku.
dia mesej aku. dan berbicara tentang pencuci muka yang aku belikan tadi.
dia cakap setengah jam dia dekat bilik air wasting time untuk memicit pencuci muka tersebut tapi tak keluar2.
then dia cakap, tengok2 ada aluminium foil rupanya. ohh patutlah.
agak kelakar.

Saturday, May 22, 2010

hari yg pening

EXAM
lokasi: SMKUH, masa: siang

first exam. biologi k(2). aku ingatkan dpt buat sbb dah bace 90% chapter 1,2,3,4,5. dgn yakinnya aku duduk kat kerusi pastu baca BISMILLAH. start menjawab.
soalan 1(a): give the function of centriole n golgi apparatu
s. aku dpt jawab smpi lah soalan 2(a). lepas tu jawab aku main skip2 aje.kemudian byk yg ditinggal kosong tanpa ada sebarang jawapan.

second exam. EST k(2). mula2 tu gabra sbb aku tak baca satu habuk pun. pas tgk soalan, terus senyum ala2 kambing sbb konpem aku dpt buat.section (a) soalan tanya psl types of wave. section (b) psl bones n muscle,kena lengkapkan peta minda,tp aku tinggal dulu sbb aku excited nak buat karangan 200 pth pkataan punya kat section(c).

section (c):
chemical fertilisers are widely used in agricultural sector to give nutrients to soil eventhough its high of negative effect. As an assistance in this sector,you have to write down a report about three methods given.you must compare these three methods and state the advantages and disadvantages.choose one which is the most ideal to be used then explain why.


point dah bagi,tinggal salin n huraikan je.dgn semangat waja aku menulis.syok tulis punya psl,tetiba cikgu ckp masa ada lg 5 minit lg. aku tak perasan pulak yg aku baru tulis 2 method,tak compare 1 method aje lg.dgn rasa yakin n rasa mcm dah siap karangan tu aku terus kira patah perkataan pas2 siapkan section (b) yg aku tinggal td.tu pun aku copy bulat2 kat jiran sbelah.lepas tu aku pun hand in kertas tue.

P/S: lepas dah kutip kertas baru aku ingat aku tak siap karangan td. adoii. hishhh..


konklusinya: jgn over confident sgt, kn dah tak cukup masa.(aku bengang dlm hati nie)

SENGAL OHH SENGALmama slalu ckp jgn tidur lepas asar. tp td aku dah t'bongkang dr pkul 3.30-6.00 ptg.alasan aku,penat.padahal aku mmg 28 jam mngantuk :P haha..naseb abh kejut aku suruh bgn mandi.kalau tak nahas aku tidur smpi mgrib.lepas mandi, abh tanya nk ikut tak.(parent aku bukak restoran)

abah: angah nak ikut g kdai tak?

aina: tak nak lahh(dlm hati>kalau ikut nanti lambat balik umah,baik tinggal je)

abah: okay lahh.(sambil buat muka tak tahu)


abh pun g lahh kdai.aku kat umah sorg2.takut?? tak pun,dah biasa.lpas sembahyang mgrib,aku agak2 abh hantar Tisya(adikku) sbb slalunya bliau hantar dgn mkanan skali area jam 8 pm..tp td aku kelaparan tahap gaban sbb abh lambat bwk mkanan utk aku.n hantar Tisya skali.last2 pkul 10.30 baru ada org
(adik aku lahh tu) ketuk sliding door.dgn perasaan teruja aku pun buka pintu smbil capai bungkusan kat tgn Tisya,aku lapar sgt2!!!

p/s: PM aku sape suruh tak ikut! (PM: padan muka)