Saturday, May 14, 2016

Melihat masalah dari sudut tarbiyyah.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Its been a long time not to update my blog. Quite busy since I already have two beloved sons. Alhamdulillah all praise to Allah sebab still bagi peluang untuk hidup dan merasai pengalaman bercinta bersama suami dan anak-anak. Bukan mudah menjadi seorang isteri, ummi, dan anak dalam satu masa apatah lagi menjalankan perniagaan sendiri diiringi karenah tantrum si anak, apatah lagi anak anak yang kedua-duanya masih kecil. Tapi inshaa Allah semua ini jalan cerita yang Allah beri berdasarkan kemampuan kita..


Melayari kehidupan ini adalah untuk menjadi seorang yang selalu redha. Meredhai dan diredhai. Banyak juga moment-moment yang menyayat dan mengguris hati tetapi kalau kita sedar, itulah teguran dan ujian Tuhan untuk membaiki silap kita. Tuhan takkan bercakap dengan kita secara direct dan telus sebab kita bukan Malaikat. Kita cuma makhluk biasa yang perlukan perantara untuk menegur dan membaiki kita hari demi hari.


A last few weeks I had some arguments with someone who so called closed people of me and my husband too. The argument started from me which I mistakenly arranged my sentences to ask sorry and to defend myself up but the person mistakenly understood my tone of speech(because we're on whatsapp). Thus become a bigger problem when the person told her buddy, then her buddy started to intervened, seem to settle the argument down but it became worse then.

I felt a bit lost. And tersangat menyesal. So I text my deen-friend asked some solution for my self indeed.

"Bukalah Quran. Baca tafsirnya. Allah akan tegur secara direct."  Beliau cakap macamtu.

Aku terus ambil wudhuk dan solat dua rakaat. Menangis sebab betul. Memang betul aku dah lama sangat tak baca tafsir. Last baca tafsir masa lepas bersalin Mujahid sebab masa tu tak boleh pegang Quran so rather choose to listen and read the translation.

Lepas tu buka tafsir Quran. Aku main bukak je mana-mana yang terkena. Surah Yusuf. Cerita pasal Nabi Yusuf yang dipenjara walaupun dia tak bersalah dan berada di pihak yang benar. Lepastu aku selak lagi kena dekat surah An-Nuur. Aku menangis lagi sebab kali ni memang Allah tegur lagi. Ayat 22 Surah An-Nur:

 "Hendaklah kamu memaafkan kesalahan orang-orang itu (yang berbuat kejahatan terhadap kamu). Bukankah kamu mahu diampunkan dosa-dosamu oleh Allah? Sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Lepastu aku baca explanation lagi. Dekat situ dia explain, memaafkan orang lain adalah lebih utama, berbanding meminta maaf. Dan kesalahan orang terhadap kita itu adalah urusan Allah. Maksudnya just let Allah do everything. Kita cuma perlu memaafkan. And alhamdulillah. Ilmu baru yang sangat besar nilainya dalam hidup aku. And suddenly terbaca status dekat wall FB "Beruntunglah orang yang memaafkan orang lain hanya kerana mencari redha Allah"

Well kita rasa kita dah solat, dah bertaubat, dah baca Quran, dah buat amalan sunat, dah taat kat penaung syurga kita, dah buat baik. Kita kata kita maafkan orang tapi jauh di sudut hati kita, kita masih belum boleh lupakan. Kita masih teringat kezaliman orang dekat kita. Hancur berkecai hati kita. Kita masih tak boleh lupa apa orang buat. Itulah kuasa syaitan. Dia letak rasa dendam dalam hati kita walaupun sedikit. Takkan tenang wa cakap T_T.

Kalau takde argument yang berlaku ni, tak mungkinlah aku belajar memaafkan. Kalau takde argument ni tak mungkin lah Allah gerakkan hati aku untuk buka tafsir Quran.

Teringat sirah zaman dulu Nabi sebut-sebut seorang pemuda ahli syurga. Bila Muadz tinggal dengan pemuda tersebut, tiada amalan istimewa yang dia buat. Muadz pelik lalu tanya sendiri dekat pemuda tersebut. Rupa-rupanya, setiap hari pemuda tersebut memaafkan orang lain, tak marah walau dianiaya dan buat baik dekat semua orang.

Susah kan? Susah. Sebab syaitan janji kalau tak dapat sesatkan kita dengan perkara besar maka dia akan sesatkan kita dengan perkara kecil. Mungkin sekecil penyakit hati? Tetapi dosanya tetap besar.

Alhamdulillah for this learning all from Allah. Learn from mistakes and keep forgiving.

Setiap detik hidup kita adalah pembelajaran. Beruntunglah orang-orang yang berfikir walau sekecil-kecil hikmah. Kerana berfikir itu kembalikan kita kepada fitrah dan iman. Kerana berfikir itu ciri-ciri orang beriman.

Wallahualam.

Saturday, September 5, 2015

All come from Allah

Alhamdulillah for all these precious moment.

All come from Allah.

2012-2013.
Saya pernah alami stress yg sangat teruk yg mungkin setengah orang sanggup mati tak mahu hidup kembali. Dilema saya tersepit antara syariat (ikatan jarak jauh), matrikulasi, keluarga dan mama abah. Selama inilah juga saya ulang-alik wad sebab masalah pembuluh darah yg tiada orang tahu kecuali rakan kuliah dan suami saya,abang. Saya menjalani pembedahan buang darah beku yg menyebabkan pembuluh darah tersumbat yg berusia 2 tahun setengah (effect bola sofbol masa form 4 muahaha) serentak itu saya demam panas, yg memakan risiko pembedahan terhenti sebab suhu terlalu tinggi, menyebabkan lumpuh sepenuhnya atau go away. Seminggu saya tak dapat on handset di wad sebab ke hospital sehelai sepinggang sebab terlalu emergency. Bila saya on handset, tidak ada satu kata-kata semangat pun yg cakap "semoga cepat sembuh" dan sebagainya. Kecuali satu mesej dari abang "I sayang you dunia akhirat" yg cukup buat saya semakin kuat hari-demi hari.

.
Dilema sampai kemuncaknya bila mama abah arahkan saya untuk cari pengganti abang. Tak tertahan perasaan sedih dan kecewa Allah je la tahu. Tapi tetap tunggu Allah aturkan sesuatu untuk saya. 3 bulan juga saya minta Allah tunjukkan jalan tapi jawapannya tetap sama-ini dugaan kami, kena sabar.

.
Habis matrikulasi Mei 2013. Baru kawan-kawan saya tahu status saya, itupun sebab terbaca kertas bertulis munajat seorang isteri celah celah diari saya. Saya tak marah. Memang patut mereka tahu. Ada beberapa kawan rapat yg memang sudah tahu, beberapa sepupu rapat yg sedia makum. Lepastu saya jadi rapat dengan Ain, sebab Herbalife. Habis matrik kami buat Herbalife sama-sama.

.
September 2013 saya ke Unimas sama dengan Ain, tanpa abang walhal saya tengah pregnant Thaariq 2 bulan. Saya uruskan diri sendiri dan ke klinik sendiri, tahan sakit dan hyperem sendiri, sampailah Allah susun atur roomate Ain kena pindah bilik. Ain takde kawan, jadi saya decide stay bilik dia. Saya jarang ke kelas sebab hyperem terlalu teruk. Acap kali pitam sorang-sorang especially dalam kawasan ATM. Ain yg banyak tolong saya, boleh declare as suami kedua jugak kikiki. Dia yg tolong beli makanan naik turun bila saya tak larat. FYI saya dah start sakit contraction since 4 bulan pregnant. Lecturer pun faham and saya mampu menangis sambil call abang je T.T sobs.

.
2014 barulah all these stress came to the end sebab semua dah sepakat buat resepsi kecil-kecilan and inform semua orang pasal status kami. Tapi belum sempat inform, Thaariq keluar dulu dan kena tahan NICU sebab tak cukup bulan. Kami decide untuk focus on Thaariq. Lepastu saya ke Unimas semula untuk repeat sem patutnya tapi baru 2 minggu di sana Allah aturkan saya kemalangan teruk yg memerlukan hati saya dibuang separuh, saya koma selepas pembedahan dan paru-paru collapse. Ambil masa beberapa bulan untuk recovery termasuk belajar bernafas, berjalan, ketawa, menangis. Rezeki Allah beri suami yg sabar dan kuat. abang yg jaga Thaariq. Ganti posisi saya. Layan saya dan Thaariq dengan baik, sabar suap saya hari-hari, potongkan kuku tiap minggu, mandikan saya, berbual dengan saya berdua bila semua orang busy dengan kerja mereka, cuci najis saya, sediakan makan, buat saya ketawa sambi menangis (sebab sakit perut hahaha). Kemudian saya balik semenanjung dan Subhanallah, semua orang datang melawat saya. Semua orang take good care and semua tanya khabar Thaariq. Allah susun cantik sangat untuk tolong saya. Inilah pertama kalinya dalam hidup saya bersyukur atas ujian Allah sebab perancangan Allah kena dengan masanya. Kejamnya saya, selama ni saya mengeluh bila Allah uji. Sebab tu tak bahagia. Bila dapat nikmat tak pernah puji Allah. Butanya hati saya. T_T

.
Sambung belajar.
Masih. Memang masih ramai yg tanya bila saya nak habiskan degree. "Tengok Aina tu, jangan jadi macam dia. Kahwin awal, muda-muda dah ada anak kan susah nak sambung belajar.". "Tengok Aina tu, lepas kahwin tak jadi apa la." "Jangan ikut perangai dia. Belajar tak habis lagi dah ada anak." "Kan dah cakap, kalau kahwin awal susah nak kerja. Gelap masa depan.". Yang cakap ni banyaknya umur makcik pakcik, pendapat saya mungkin mereka menyesal berkahwin, atau mereka menyesal ada anak, atau entah apa-apa lah. Sebab mereka terlau gerun untuk dengar "kahwin awal". Umpama mimpi ngeri kalau-kalau anak mereka kahwin awal. Saya faham belajar tu penting. Saya dah korbankan masa dengan suami saya selama 2 tahun. Dan mungkin kemalangan teruk tempoh hari menjadi asbab untuk Allah dekatkan saya dengan abang. Selama 2 tahun juga, saya berlagak macam bukan isteri orang bila ke mana-mana. Dan banyak dosa saya tanggung bila saya lupa abang. Bukan makcik pakcik yg tolong tanggung dosa saya. Saya faham saya kena balas jasa mama abah saya. Tapi bolehkan kalau kita jaga dosa pahala mereka? Kita pelihara mereka dari tanggung dosa kita sebab lalai dengan dunia. Pandangan dunia ini apalah sangat. Cuma secebis habuk setitis dakwat je jika nak dibandingkan dengan agama Allah yg tergadai jika dijual dan dirobek.

.
"Lah, kalau terus belajar kan dah nak habis. Entah-entah dah habis. Upah je pengasuh jaga Thaariq"
Tak, orang tak faham ekonomi kami. Orang tak tahu saya masih dalam recovery dan kadang-kadang ulang alik wad. Bila saya sakit Thaariq terbiar seorang. Sampai ke hati tengok anak entah kena campak mana-mana. Saya taknak susahkan orang sekeliing saya. Biar saya yg susah. Dan orang tak faham apa yg kita mahu untuk anak kita. Saya pekakkan juga telinga. Saya tak marah. Saya tahu aturan Allah yg terbaik. 

.
Masih, saya masih ada niat nak habiskan degree. Tapi tunggulah rezeki Allah. Rezeki masa, kesihatan, kelapangan nikmat dan urusan. Anak saya perlukan saya. Suami saya perlukan saya. Saya pun perlukan abang, susah hati kalau kami jauh-jauh. Saya pun ada perancangan untuk buat pengajian jarak jauh. Mungkin beberapa tahun lagi. Jangan risau tentang gelap atau cerah masa depan saya. Ia tak menyumbang apa-apa untuk hidup orang lain. Keh. Kerana hakikat masa depan itu cumalah akhirat dan syurga Allah. (Mungkin ada yg nak termuntah dengan kata berupa nasihat ni, lebih lagi daripada saya yg hina). Hadiah Allah untuk saya, Thaariq, kalau sekarang saya tak korbankan kepentingan saya untuk lihat dia membesar, ada mungkinnya juga dia tak mahu korbankan kepentingan dia melihat saya tua. Anugerah Allah untuk saya, abang, kalau sekarang saya tak mahu korbankan kepentingan saya untuk susah bina keluarga bersama-sama, ada mungkinnya abang tak mahu korbankan kepentingan dia untuk susah bersama saya. Sedangkan kesusahan inilah yg manis. Yg susah inilah yg akan dikenang. Ada cerita untuk diberitahu kepada anak cucu.

.
Dan semuanya Allah bagi happy ending. Alhamdulillah. Saya percaya yg setiap saat dalam hidup kita walaupun baik atau buruk tetap ada hikmah dan sebabnya tersendiri. Tiada yg di dunia ini kebetulan. Semua aturan Allah. Even gerak hati kita yg remeh pun adalah dari Allah. Dan disebalik semua kenangan manis ini, saya banyak belajar mengenal Allah. Saya dekatkan diri dengan agama. Saya pupuk diri untuk jadi lebih baik dan jadi isteri yg baik. Saya tersangat jahil dan selalu menzalimi diri sendiri. Dan saya yakin ujian-ujian dan pengalaman hidup saya selama 2 3 tahun ini adalah proses didikan Allah untuk saya. Kalau Allah tak uji saya sebegini mungkin saya tak dapat keluarga saya sekarang, takkan wujud Thaariq, takkan wujud abang. Takkan wujud ketenangan yg bukan semua orang dapat. Mungkin saya tengah hanyut dengan dunia remaja saya. Mungkin saya bangga dengan kejahilan dan kejahatan saya. Nauzubillahiminzalik.



Percaya, setiap musibah itu ada hikmah yg besar. Kenangan pahit tu bukan selamanya pahit. Kalau kita bijak mencari asbab Allah takdirkan begitu in shaa Allah kita bersyukur. Semua orang ada dugaan masing-masing. Bezanya adalah siapa kita selepas dugaan tersebut. Samakah, atau semakin baik. Dugaan yg Allah bagi tu adalah kemuliaan bagi kita, untuk dinaikkan darjat disisiNya. Memang, yg orang nampak cuma gembira. Orang tak pernah lihat perjuangan kita mempertahankan hak kita. Sampailah nanti, Allah bongkarkan sendiri.

.
Sampai kini, akan ada orang-orang yg kekal dalam ingatan saya. Yang tak pernah tinggal saya di masa kejatuhan saya. Yang setia bersama dan berkorban apa sahaja. Yang tak pernah malu terima kekurangan dan keburukan saya. Yang jaga aib saya, yang selalu sokong saya, yang tak pernah hina saya sewaktu saya salah. Doa yg selalu ada buat mereka, semoga selalu dalam jagaan Allah.
@NurulainHamidzi @SyafirraSaipok @FarahhNabilaAzmar @NabilaFarahana @RamleeIsmail @AisyahRahman @NurPiqa @FifiySofea
.


Tuesday, June 10, 2014

So much for my happy ending.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sempat lagi hidup harini, sempat menikmati masa-masa dengan family. Sempat menaip entri kali ni.

Entah kenapa, tiap kali berbicara soal hati. Kali ini lebih peka, lebih sensitif, lebih terasa, yang paling utama, lebih terbuka. Tiap kali juga berbicara soal diri saya, hati ini mudah menangis. Bukan menangis saya terluka. Tapi menangis saya bahagia. Subhanallah. Maha suci Allah.

Orang pertama yang saya luahkan perasaan, adalah kakak saya. Rasa nak sangat kongsi rasa jiwa masa tu. Sedu-sedu saya cerita, sampai along pun bergenang air mata. Orang kedua, suami saya, abang. Tapi saya cerita lagak biasa cover cover takde benda. Sebab malu la jugak HaHa nak over over drama pulak kan. Lepastu, abah mama. HiHi. Yang ni pun control-control gak HaHa. Lepastu abah mama tak layan pun. HaHa. Sabo je lah. Tapi takpe.

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya diberi pengalaman merasa sendiri salah satu keajaiban Allah untuk diri saya. Terselamat dan dipanjangkan usia jengjeng.

Sabtu, 26 April 2014- Saya sedar dari koma dengan paru-paru collapse. Duduk dekat ICU with such so many wires and tube di badan, mulut dan hidung. Dengan kelumpuhan tangan dan badan tak boleh bergerak. I have no voice untuk bercakap and saya cuma senyum sepanjang berada di wad Alhamdulillah saya tak rasa susah! Saya tak rasa menyesal, kalaulah aku drive elok-elok. Saya tak langsung mengeluh Ya Allah kenapa kau timpakan ini ke aku, no! Saya sedar bersama hati yang sangat lapang, jiwa yang sangat tenang dan fikiran yang sangat ringan. Saya terasa macam bebanan di kepala saya selama ni hilang sekelip mata Ya Allah. Indahnya perasaan tu. Kalau ditakdirkan saya dapat merasai rehat sebegitu 2 3 hari lebih lama, sungguh-sungguh saya mahu.


Saya merasakan banyak hikmah sangat-sangat. It is more positive effect selepas itu. Saya dapat menilai sifat sebenar orang sekeliling saya. Orang mana yang tumpang sedih. Orang mana yang susah bersama saya. Orang mana yang padan muka kan saya, yang kat "itulah, balasan dari Allah". Orang mana yang terima baik buruk saya. Orang mana yang terima kekurangan saya. Dan paling penting, semua orang bukan sahaja tanya saya, tapi juga anak saya. Perkara itu yang buat saya terharu Ya Allah kau datangkan pada aku orang-orang yang baik-baik belaka! Terima kasih!

And saya sangat sangat sangat bersyukur ditimpakan ujian ini. It is the way Allah tunjuk pada saya yang Allah masih sayangkan saya. Allah tunjuk pada saya yang raaaaaamaaai sangat sangat orang sayangkan saya not only my family tapi juga my friends yang jauh, dekat, baru, lama. Saya sangat terbuka hati menghadapi semua detik-detik pemulihan dan langsung tak rasa terbeban Subhanallah.

And saya teringat, sebelum kemalangan tu kerap kali saya minta dalam hati Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kesabaran yang tidak terbatas untuk menghadapi dugaan hidup ini. Kemudian Allah datangkan dugaan hebat untuk saya sampai saya jumpa kekuatan yang tak terbatas tersebut. Baiknya Allah. Hinggakan Allah lembutkan hati orang-orang yang rapat dengan saya dan Allah luaskan penerimaan mereka terhadap saya, Allah turut beri mereka tempias kekuatan. Rupanya ini cara Allah. Rupanya Allah Maha tahu. :')


Thats how Allah's plan untuk selesaikan masalah saya. Sesungguhnya saya bahagia. Ya, bahagia yang sebenar. Terima Allah. Terima kasih banyak-banyak untuk hadiah tak ternilai ini. Alhamdulillah I'm getting better. Saya lost 7kilo masa dekat wad. Balik balik tinggal 38kg can you imaging? HaHa. Takpe alhamdulillah still ada berat. Lepas ni abang ajak pergi gym dengan dia. HaHa selalu dia gi sorang Insha Allah lepas ni ada geng.

Tuesday, May 6, 2014

Amazing friends. Tuah saya.

Bismillah.
Assalamu'alaikum.


Since tak berapa boleh bergerak banyak sangat, I felt like ikan dalam akuarium HeHe and you know what. Quite bored. Sikit je lah. Takdelah tahap sumbat otak sangat. Cuma sekarang suka termenung, banyak fikir manusia-manusia sekeliling dan qada' qadar Allah dalam hidup saya.



Hmm.
Masa sekolah, saya tak berapa ramai kawan sangat. Masa sekolah rendah ada, tapi mostly kawan sebab saya ada something. At the end diorang tikam belakang. Banyak kali. Tapi ada jugak yang setia. Siti NorFarhanah. Farah saya panggil. Saya ingat lagi, dia sanggup bergaduh dengan kakak dia demi saya. Bila kawan-kawan kutuk saya, budak ni yang selalu protect saya. Mentang-mentang suara dia besar. Dulu saya suka buat baik tak kena tempat. Orang selalu pow saya itu ini, duitlah selalunya. Bila diorang dah dapat, diorang tinggal je saya. T.T

 Noraini. Aid. Tu lah yang saya ingat. HaHa. Saya tak pernah bergaduh dengan diorang. Diorang selalu tolong saya. Bila susah-susah diorang yang always be by my side. Tak pernah merungut. Sabar je.

Naik sekolah menengah pun tak ramai kawan sangat. Ada kawan masa senang je. Masa susah tersisih sorang-sorang. Lepastu balik rumah nangis. Lepastu esok taknak gi sekolah.  HaHa. Sadis je. Tapi time time tersisih tu lah saya jadi rapat dengan kawan-kawan yang tersisih jugak. HaHa. Saya pun tak rapat sangat dengan parent masa tu. Tak sharing sangat. Sebab saya duduk asrama. Kat sekolah menengah mostly masa saya dekat sekolah and balik rumah, parent saya berniaga. Lepastu saya masuk matrik. But seriously, mungkin sebab kurangnya portion saya tang tu, sekarang Allah kurniakan saya orang-orang yang Masha Allah, baik-baik belaka. Sanggup bersusah payah demi saya. Sanggup berkorban untuk saya.

Mama abah yang selalu nak yang terbaik untuk saya. Berkorban. Ofcourse lah mak ayah mana yang tak sayang anak. And yang saya terharu sekali, sekelip mata Allah hadiahkan saya suami yang baik. And part yang paling touching sekali, Allah bagi saya kawan-kawan yang sangat ramai. Yang sanggup berkorban demi saya, walaupun saya baru kenal mereka seminggu.

Serious. Saya tak pernah jumpa kawan-kawan yang macam ni seumur hidup saya. Sejak kat matrik, saya baik dengan Sofea. Pernah dua tiga kali dia ponteng kelas sebab nak jaga saya sakit. Turun naik tingkat 3 kolej kediaman sebab belikan saya makanan. Masa saya kena tahan dekat wad dia sanggup pulak nak basuhkan baju saya yang dekat Matrik. Masa dah lama tak jumpa, masa bulan 3 baru-baru ni. Sofea yang datang ke HTAA melawat saya, dia datang denga boyfriend dia. Sanggup tunggu 2 jam kat luar wad sampai saya discharge. Pergi makan dengan saya. Belanja saya. Bagi hadiah. Sabar je dengan karenah saya. Aisyah, Afiqah. Ni yang rapatlah time Matrik.

Kawan-kawan kelas saya sangat supporting. Saya takclose sangat. Tapi saya mereka ikhlas dengan saya. Saya brutal jugaklah. Bukan brutal apa. Suka tak datang kelas. Suka tak siap kerja. Suka ponteng kelas tambahan. Suka redah pakcik Guard. Outing selamba balik lewat. Pakai seluar jeans. Tak pakai formal masa kuliah. Tapi kawan kelas saya selalu terima saya. Diorang tak pernah pun sisihkan saya. Diorang selalu je tolong-tolong saya. Bila saya datang kelas, diorang akan welcoming saya. 2m3s10. Dalam kenangan yang paling sweet.

Masa saya stress sorang-sorang. Saya suka travel seorang diri. Pernah sekali saya pergi KL. Saya tak pernah tahu naik bas ke, LRT ke, teksi ke. Tapi tabrak je. Sampai KL Ceqlat ambik saya. Dia yang stay dgn saya. Tolong saya. Bagi kata-kata semangat. Tenangkan saya. Dia seludup saya masuk dalam kolej kediaman. HaHa. And sanggup kena denda RM50 demi saya. What a good bestfriend ;') Ceqlat yang banyak tahu pasal saya, since kat Matrik. Dia yang selalu backup saya. Saya pernah kena marah sebab kawan dengan dia. Tapi saya tak boleh tinggal dia. Dia kawan saya masa saya susah senang. Dia yang selalu menangis untuk saya. Dia yang selalu bagi saya nasihat. Dia cerita pasal saya kat mak dia. Mak dia selalu bagi nasihat and support saya senyap-senyap. Ceqlat baik. Nampak je macam rock-rock lasak lasak. Tapi hati dia sensitif Subhanallah. Saya berkawan dengan dia ikhlas. Bukan sebab apa-apa. Saya tak kisah perangai dia macam mana. Hmm, and Ceqlat jugaklah yang menangis sedu-sedu lepas dapat tau saya exciden.

Pia. Kawan masa tersisih-sisih dulu. Dia ni kepochi. Banyak sangat mulut. Kalau bercakap  tak sempat berhenti. Dia pun selalu tolong saya. Bagi dorongan and nasihat. Pia ni dulu kuat nangis. Sekarang takdah. Kalau dulu dengar pasal saya apa-apa je dia nangis. Tapi sekarang dia cool je. Pia selalu cari masa nak jumpa saya. Kalau dia balik kampung confirm akan inform. kalau tak dapat call saya dia akan call abang. Bila tau saya ada kat kampung cepat je dia datang. Masa saya exciden dia yang tawarkan diri nak derma hati dia bagi saya. Masha Allah ya Allah. Baiknya hati dia.

Farah. Nampak je macam buat tak tahu. Tapi dari jauh dia caring. Dia orang ketiga call nombor saya lepas dapat tahu pasal saya. (First abang, kedua Ceqlat) Dia antara orang-orang terawal yang melawat saya dan bagi hadiah.

Ain. Nurul Ain. Kawan saya dekat Matrik. Tapi saya rapat sebab Herbalife. lepastu rezeki kami masuk Unimas sama-sama. Mungkin Allah kata rezeki Herbalife saya. Jadi Allah temukan kami balik. Masa dekat Unimas, Ain banyak sangat berkorban. Saya sakit-sakit badan and hyperem during pregnancy awal-awal tu, dia yang jaga saya. Makan minum saya. Dia yang turun naik belikan makanan. Kalau tengah malam buta, semua cafe dah tutup. Ain sanggup bagi makanan dekat saya sebab risaukan baby. Ya Allah. Baiknya dia. Dia yang menangis rindukan saya bila saya balik semenanjung. Kitorang selalu share duit beli apa-apa. Kalau Ain takde duit, saya bagi dia. Kalau saya takde duit, Ain guna duit dia. Ain cakap dia boleh buat macam tu bila dengan saya je. Tapi dengan orang lain susah sikit. HuHu. Masa exciden, baru saya tahu Ain yang tunggu saya sejak hari Jumaat sampai Sabtu. Ain tunggu saya sedar. Dia duduk dekat surau. Sanggupnya dia. Dia yang uruskan baju-baju saya dekat Unimas. Betapa penatnya dia haritu.

Nina. pun sama. Sanggup teman kitorang kemana-mana. Bila kurang duit sikit, Nina tolong. Tak berkira. Nina penyabar. Dia tak pernah merungut pasal saya. Tak pernah marah-marah. Cuma suara je lantang sikit HaHa.

Amni. Saya baru kenal dua minggu. Tapi dia sangat ikhlas dengan saya. Dia sanggup penat berulang-alik melawat dekat hospital. Masa kat Unimas dia banyak tolong tolong. Kami kenal sebab Herbalife. Amni tak pernah mengeluh walau saya tengok muka dia penat. Pernah seminggu sebelum exciden saya pergi checkup baby kat HUS. Amni yang dahulukan duit RM100 untuk keperluan saya. Sementara tunggu abang bank in duit esoknya sebab mesin cash deposit rosak. Endau kan. Tahu jelah. And dia tak pernah ungkit, tak pernah mintak. Sampai saya bayar. Amni pemurah. Belanja saya itu ini kadang-kadang. Bila saya nak bayar balik, dia taknak. Masa saya dekat sakit lepas exciden, Amni bawakkan buku. Dia bagi pinjam. Padahal saya tak mintak pun. Dia suka senyum. Stress ke, marah ke, penat ke, mengantuk ke, sentiasa senyum.

Faa. Saya baru kenal tahun ni. Baik jugak. Sama macam Ain macam Amni. Dia selalu belanja saya itu ini. Teman saya kemana-mana kalau Ain busy kelas. Dia nak tolong saya bayar gantirugi kereta sewa RM600. Baiknya dia~ Saya cakap tak payah. Dia degil.



Itulah. Bila diorang tanya kenapa saya baik dengan diorang. Kenapa kau tak pernah lupa birthday aku. Nilah sebabnya. Sebab diorang baik dengan saya.  Sebab saya nampak pengorbanan diorang demi saya. Saya bukan family diorang. Saya bukan darah daging diorang. Tapi diorang sanggup dahulukan keperluan saya mengatasi keperluan diorang. Kenapa saya selalu ingat kenangan dengan orang-orang ni. Allah bagi saya sekelip mata je insan-insan baik ni. Allah nak tengok saya berubah jadi baik. Jadi Allah hantar orang-orang untuk saya. Baik perilakunya, baik tuturkatanya. Baik pakaiannya. Baik hatinya. Mereka ini orang-orang yang saya tahu ikhlas. Terima saya seadanya. Terima baik buruk saya. Terima apa adanya saya. Dan kalau saya jauh dengan family, saya tak risau. Allah selalu ada jaga saya. Allah kirim insan-insan ni. Saya berbangga dengan  mereka semua.  Orang-orang ni tak pernah rendahkan saya. Tak pernah malukan saya.
Tak pernah juga malu berkawan dengan saya.



Dan, saya bertuah ada suami yang faham saya and kawan saya. Abang selalu inform pasal saya pada kawan-kawan baik saya.
Kalau ada apa-apa diorang akan diberitahu. Special kan. HaHa.



Dan. Terima kasih buat pengorban pengorban tegar. Yang tak jemu dari dulu sampai sekarang. Yang tak peduli apa orang cakap.
Yang stay bersama-sama saya susah senang.
Yang bergembira dengan saya saat berjaya.
Yang menangis bersama-sama dengan saya bila saya jatuh.
Ini sahabat saya. Pengorbanan mereka luar biasa.
Pengorbanan yang bukan calang-calang orang sanggup buat.
Terima kasih Allah.
Terima kasih kawan.



Friday, May 2, 2014

Dugaan paling besar, kata Abang.

Assalamu'alaikum.
Bismillah.



Siapa kita manusia. Nak hukum-hukum orang. Siapa kita manusia, nak bilang pesalah-pesalah ahli neraka. Walhal aku sendiri tidaklah tahu pengakhiranku.

Saya mengaku saya ini jahil. Agamanya, akhlaknya, wibawanya, tutur katanya. Saya akui saya ini insan yang banyak silap. Dengan manusia, dengan Allah terutamanya. Hati tak tenang. Perasaan tak terkawal. Emosi tak stabil.

Dan sikap jahil saya dalam pelbagai perkara, sememangnya saya memerlukan seorang pembimbing yang dapat neutralkan balik hati saya ini. Saya rasa saya ada suami. Rupanya Allah jugalah pembimbing terbaik.


Saya mengaku kemalangan pada 25April2014 - Jumaat merupakan detik paling berharga buat saya. Dugaan yang sangat-sangat memberi makna mendalam pada seisi keluarga saya, terutamanya abang. Abang kata lepas dapat tahu pasal saya hatinya hancur luluh. Lemah lutut umpama tak bergerak bumi.

Cukup itu yang dia kata, saya tahu dia sayang saya.

11pagi, saya drive Perodua Kancil sambil berbual dengan Faa. Saya masih ingat ayat terakhir saya kata saya sakit tumit. Usually sakit tumit ni sebab peranakan ada masalah. Itu yang saya cakap. Sambil saya cakap, entah kenapa saya pandang Faa di sebelah kiri saya, saya gerakkan tangan kiri saya ke arah dia tanpa perasan badan saya berpusing ke arah dia juga. Tangan kanan saya pusing stereng ke kiri sedangkan jalan menghala ke kanan. Faa jerit, saya toleh depan dan terus rempuh tiang lampu dalam kawasan Unimas betul2 depan mata. Tanpa sempat elak. Nasib baik tiang lampu, bukan orang.

Dashboard terperosok ke dalam himpit kaki, bawah dada saya terhentak ke stereng. Enjin depan hancur. Cermin kaca pecah keluar alhamdulillah. Faa tak apa-apa. Nasib baik. Kereta berasap. Faa suruh cepat-cepat keluar.

Saya keluar terus sujud. Perut senak. Hidung berdarah. Kepala telinga berdesing. Peha kanan saya pedih. Luka sikit. Semua orang berhenti. Tapi semua lelaki. Diorang tak berani sentuh saya. Saya pakai stokin, selendang, baju labuh dengan seluar besar gedabak. Diorang cuma suruh saya mengucap. Faa menangis. Kebetulan berhenti satu kereta, KakLong, saya baru kenal seminggu sebelum exciden dekat Mall masa flyering Herbalife.(Maybe plan exciden Allah dah atur awal seminggu)

Ada lebih kurang 4 orang, diorang angkat saya nak masuk kereta orang(maybe student) tapi dengan izin Allah kereta medik Unimas lalu. Saya terus diangkut naik kereta tu dan terus ke klinik Unimas. Saya sempat pesan kat KakLong ambil blackberry saya atas dashboard dengan crocs putih dalam kereta sebab crocs tu abang belikan.

KakAliya (kawan KakLong) follow saya ke klinik Unimas. Tunggu kereta ninonino sampai. Saya cakap tak boleh baring. Belakang saya sakit. Perut saya pun sakit. Makin lama makin sakit. Sampai dekat klinik saya terus dimasukkan air dan diambil heart rate. Saya tercungap-cungap. Nafas saya berbunyi. Hidung saya baru berhenti bleeding lepas diarah baring atas bantal. Saya diberikan oxygen. Tak lama lepastu kereta ninonino sampai. Saya terus digerakkan ke HUS(Hospital Umum Sarawak). Minggu lepas saya baru pergi HUS sebab checkup baby. Minggu ni datang lagi.

Ya Allah semoga tak apa-apa. Saya makin drowsy. Makin mamai. Kereta ninonino terus masuk dalam bangunan emergency. Saya dikeluarkan. Medical Assistant(MA) dan nurse terus tolak saya masuk dalam. Saya di X-ray. Doc kata hati pecah. Memang hancur, tak boleh diselamatkan. Kita tengok sampai esok sama ada awak boleh stay stabil atau tidak. Kalau tidak, esok kita operate. Saya angguk.

2petang- Saya bertahan dengan oxygen dan air. Tak sampai 5 minit saya bengkokkan kaki dan mengiring ke kanan. Doc perut saya makin sakit. Sakit sangat. Belakang saya tak mampu tampung. Doc datang, selak baju saya. Perut kembung. Bila ditekan saya menahan sakit. Ditekan lagi masih keras. MA terus tolak saya masuk ICU. Doc panggil semua nurse kerumun katil. Doc mintak nombor abang. Saya beri sambil suara tenggelam timbul. Kuku saya jadi putih. Nurse 1 tengok mata, nurse 2 tengok tapak tangan, nurse 3 tengok lidah. Semua buat kerja serentak. Mungkin diorang dah bincang. Serentak semua lampu dihidupkan. Pengimbas x-ray dan segala mesin2 ditarik rapat ke katil saya. Serentak juga ketiga-tiga nurse cucuk tangan kiri, tangan kanan saya. Tapi tak jumpa urat. Sebab doc kata darah saya banyak hilang. Mereka terpaksa cari urat dekat kaki tapi 2 kali pun tak dapat. lengan siku pun tak dapat. Badan saya dah kebas, sebab darah tak ada. Last choice, doc suruh cucuk jarum dekat leher. Dapat. Serentak tudung dan baju saya disalin. 2 pain darah+1 air masuk dalam badan saya serentak.



Semua kelam kabut. Heart rate saya drop mendadak. Hb turun mendadak. Doc kata saya kena operate sekarang juga. Darah dah penuh sampai tutup paru2. Saya angguk. Doc tanya saya nak apa. Saya taknak apa-apa. Saya nak air je. Haus sangat. Doc tak bagi. Saya menangis nak air. Doc tak bagi jugak. Saya dah merayu. Saya nak minum sikit je. Bolehlah, tolonglah. Doc suruh nurse basahkan bibir saya. Dan ajar saya mengucap. Saya minta air lagi, diorang kata diorang nak ambil. Saya tunggu, tapi tak datang-datang hantar air sampai saya tak sedar apa2.



26April2014.
Saya sedar, abah tengah pegang pipi. Mata abah bergenang air, merah. Abah cakap haa dah sedar pun. Mama kat sebelah abah, menangis. Uncle Bon kat sebelah kanan. Saya nampak samar2 abang datang dari jauh ke arah uncle. Saya drowsy. Tapi dengar apa orang cakap. Saya tak ada suara. Dalam mulut saya ada dua tiub. Dalam hidung pun ada. Badan saya tampal wayar-wayar.Tangan dan leher saya penuh jarum. Nikmatnya tidur. Walaupun macamni.

Abang datang, pegang dahi saya. Abang senyum. Saya pun senyum sikit. Saya rasa hati saya lapang. Tenang sangat. Macam baru lepas menangis masa dalam solat. Damai-sedamainya. Tak pernah saya rasa seumur hidup saya. Saya tak boleh bergerak. Saya kata nak air milo. Tapi abang tak dengar. Abang tanya nurse, nurse kata saya tak boleh minum lagi.

Saya tak ingat apa yang saya bualkan. Tapi saya banyak guna gerak mulut dan tangan sikit-sikit. Suara tak boleh keluar. Saya tak lapar, cuma haus je. Saya terkejut abah kata dah hari sabtu. Lamanya saya tidur. HiHi. Along dengan abang Yas pun datang jugak. Baru saya perasan saya tak ada baju masa tu. Cuma ditutup dengan kain. 

Kawan baik saya datang. Kawan-kawan  Herbalife pun datang. Nina, Aina, Afifah, Amni, Lala, KakAliya dengan tunang dia. Tapi sayang dapat jumpa diorang sekejap sangat. Nurse halau :( HuHu

Saya nak batuk. Tapi tak lepas. Perut saya sakit. Dalam mulut ada tiub. Mulut saya sentiasa terbuka. Sampai keluar air mata. Tekak gatal sangat. Nurse datang, sedut kahak dan air liur yang bertakung. Seksa. Sakit. Tapi lepastu, lega.


27April2014.
Tiub dekat mulut dah boleh cabut. Dekat hidung je belum boleh. Petang sikit baru doc cabut yang dekat hidung tu.Saya dah boleh minum. Abang beli banyak air milo kotak dengan dua botol air mineral besar. Along pun beli air milo. Along belikan bubur McD. Sebab saya boleh makan makanan lembut je. Tapi kosong.

Tapi, malam baru saya boleh makan. Doc kata tunggu perut saya ok dulu. Kawan-kawan saya datang. Kakzu, Mazilah, Kanang, KakDayah, KakIntan. Semua orang Endau. Saya terharu diorang datang. Saya  tak boleh bercakap sangat lagi. Suara pun tersekat-sekat. Rasa sayang tak dapat berbual lama dengan diorang. Nak nangis pun ada.



28April2014-Isnin.
Nurse kata petang nanti saya boleh tukar ward biasa. Saya angguk. Senyum.

Pukul 3 pindah wad. Nurse mandikan, tukar baju cabur wayar semua. Baru saya sedar ada 30 stapler dekat perut saya sepanjang 10 inci. Ada tiub, doc tebuk sebab nak buang darah kotor yang bekas hati pecah haritu.Jahitan saya masih bleeding. Kejap-kejap berdarah. Dari hari pertama operate. Asyik soak soak aje. Doc keep recovering dressing jahitan dengan kapas.

Saya bagitau abang dah pindah wad. Abang datang. Abang yang jaga. mandi, cuci-cuci. basuh-basuh semua. Makan, minum. Abang tidur atas tikar, kat lantai. Kesian tengok. Rasa nak suruh baring atas katil je.

Abah datang, mama, along semualah. Didy anak Cikgu Kunyu pun datang. Dengan kawan dia. Ramainya orang melawat. Ya Allah ini silaturrahim Islam. KakLong dengan KakNor pun datang. Meriah. Tak rasa sakit. Terlupa.


29April2014.
Family balik semenanjung. Semua orang tinggal saya. Yang ada hero saya. Alhamdulillah. Sedara-mara and family hulur bantuan sikit.

Selama tinggal dengan abang saya merasa tersangat dihargai. Tak mengeluh, tak bising sikit pun. Abang yang sabar layan karenah saya. Suap, batuk sambil tahan sakit perut. Bila keperluan saya semua dah settle, baru abang letak kepala atas katil dan tidur. Kesian tengok. Saya letak tangan atas tangan dia. Dia bangun pulak. Dah kenape.



30April2014.
Sama. Abang jaga saya macam selalu. Abang bangun pukul 6 pagi sebab takut saya nak apa-apa. And macam biasa saya di keep masuk air dan ubat. Jahitan saya dah start cloting. Darah makin mengeras. Dah stop bleeding slowly. Tapi Hb saya drop mendadak. Saya kurang darah sebab darah hilang lagi. Masih pucat. Doc tambah 2 pain darah lagi. Baru okay balik. Abang kata nanti balik dia nak minta derma darah bagi saya. HiHi. Lawak je.

Tiub dekat perut dah cabut. Masa cabut tu sakit. Tapi saya tak menangis. Cuma kerut-kerut muka sambil rengek sikit. Doc tu pujuk saya macam budak kecik. Lepas cabut darah keluar. Doc tampal dengan kapas. Takut tengok. Berlubang pinggang sebelah kiri.


Petang sikit semua jarum-jarum kat tangan and leher di tanggalkan. Tangan saya bengkak. Nak gerakkan pun sakit. Kat leher kanan ada 4 bekas masuk jarum besar sebab masuk darah. Leher belah kiri ada satu. Tangan ada banyak. Tangan kanan ada 10 bekas, mungkin cari tak dapat, cucuk lagi. Tangan belah kiri ada 15. Ambil darah, masuk air. Kadang-kadang dah cucuk tak dapat pun darah. Kat kaki kanan ada dua. Kaki belah kiri takde.


And saya makin okay. Belajar bergerak. Belajar berjalan. Ketawa. Batuk. Cumaa tak boleh buat kerja berat 2 bulan. 2 bulan? Kejap je. Pejam celik je.



Saya bahagia. Bukan sebab kenapa-kenapa. Tapi sebab saya lihat ikhlasnya abang menangis demi saya. Ikhlasnya Mama abah menangis dan berkorban untuk saya. Ikhlasnya Adik kakak dan kawan-kawan saya mengambil berat. Saya sayang semua orang.


Dan hari ini, lahir hati yang baru. Yang tinggal separuh. Entah kenapa saya tenang. Entah kenapa saya terasa sangat lapang. Allah selamatkan saya dari nyawa-nyawa ikan. Allah pilih saya untuk terus survive and alive demi orang-orang tersayang. Allah pilih saya untuk merasa hikmah dugaan ini. Allah pilih saya untuk bersihkan dan buang hati saya yang kotor. Mungkin kafarah dosa. Saya terima dengan hati yang sangat sangat sangat terbuka dan ikhlas. Allah pilih saya untuk terus kuat. Demi orang-orang sekeliling. Dan sebabnya saya kuat, demi anak saya yang Allah selamatkan daripada kemalangan tu. Allah beri saya peluang baiki kesilapan. Allah buka seluas-luasnya penerimaan orang lain terhadap saya. Dan sesungguhnya saya bertuah Ya Allah. Saya merindui detik-detik cemas masa-masa saya mengharap Allah selamatkan aku. Selamatkan anakku.






Dan. Alhamdulillah. Semuanya selamat. Alhamdulillah sangat sangat. :)