All come from Allah.
2012-2013.
Saya pernah alami stress yg sangat teruk yg mungkin setengah orang sanggup mati tak mahu hidup kembali. Dilema saya tersepit antara syariat (ikatan jarak jauh), matrikulasi, keluarga dan mama abah. Selama inilah juga saya ulang-alik wad sebab masalah pembuluh darah yg tiada orang tahu kecuali rakan kuliah dan suami saya,abang. Saya menjalani pembedahan buang darah beku yg menyebabkan pembuluh darah tersumbat yg berusia 2 tahun setengah (effect bola sofbol masa form 4 muahaha) serentak itu saya demam panas, yg memakan risiko pembedahan terhenti sebab suhu terlalu tinggi, menyebabkan lumpuh sepenuhnya atau go away. Seminggu saya tak dapat on handset di wad sebab ke hospital sehelai sepinggang sebab terlalu emergency. Bila saya on handset, tidak ada satu kata-kata semangat pun yg cakap "semoga cepat sembuh" dan sebagainya. Kecuali satu mesej dari abang "I sayang you dunia akhirat" yg cukup buat saya semakin kuat hari-demi hari.
.
Dilema sampai kemuncaknya bila mama abah arahkan saya untuk cari pengganti abang. Tak tertahan perasaan sedih dan kecewa Allah je la tahu. Tapi tetap tunggu Allah aturkan sesuatu untuk saya. 3 bulan juga saya minta Allah tunjukkan jalan tapi jawapannya tetap sama-ini dugaan kami, kena sabar.
.
Habis matrikulasi Mei 2013. Baru kawan-kawan saya tahu status saya, itupun sebab terbaca kertas bertulis munajat seorang isteri celah celah diari saya. Saya tak marah. Memang patut mereka tahu. Ada beberapa kawan rapat yg memang sudah tahu, beberapa sepupu rapat yg sedia makum. Lepastu saya jadi rapat dengan Ain, sebab Herbalife. Habis matrik kami buat Herbalife sama-sama.
.
September 2013 saya ke Unimas sama dengan Ain, tanpa abang walhal saya tengah pregnant Thaariq 2 bulan. Saya uruskan diri sendiri dan ke klinik sendiri, tahan sakit dan hyperem sendiri, sampailah Allah susun atur roomate Ain kena pindah bilik. Ain takde kawan, jadi saya decide stay bilik dia. Saya jarang ke kelas sebab hyperem terlalu teruk. Acap kali pitam sorang-sorang especially dalam kawasan ATM. Ain yg banyak tolong saya, boleh declare as suami kedua jugak kikiki. Dia yg tolong beli makanan naik turun bila saya tak larat. FYI saya dah start sakit contraction since 4 bulan pregnant. Lecturer pun faham and saya mampu menangis sambil call abang je T.T sobs.
.
2014 barulah all these stress came to the end sebab semua dah sepakat buat resepsi kecil-kecilan and inform semua orang pasal status kami. Tapi belum sempat inform, Thaariq keluar dulu dan kena tahan NICU sebab tak cukup bulan. Kami decide untuk focus on Thaariq. Lepastu saya ke Unimas semula untuk repeat sem patutnya tapi baru 2 minggu di sana Allah aturkan saya kemalangan teruk yg memerlukan hati saya dibuang separuh, saya koma selepas pembedahan dan paru-paru collapse. Ambil masa beberapa bulan untuk recovery termasuk belajar bernafas, berjalan, ketawa, menangis. Rezeki Allah beri suami yg sabar dan kuat. abang yg jaga Thaariq. Ganti posisi saya. Layan saya dan Thaariq dengan baik, sabar suap saya hari-hari, potongkan kuku tiap minggu, mandikan saya, berbual dengan saya berdua bila semua orang busy dengan kerja mereka, cuci najis saya, sediakan makan, buat saya ketawa sambi menangis (sebab sakit perut hahaha). Kemudian saya balik semenanjung dan Subhanallah, semua orang datang melawat saya. Semua orang take good care and semua tanya khabar Thaariq. Allah susun cantik sangat untuk tolong saya. Inilah pertama kalinya dalam hidup saya bersyukur atas ujian Allah sebab perancangan Allah kena dengan masanya. Kejamnya saya, selama ni saya mengeluh bila Allah uji. Sebab tu tak bahagia. Bila dapat nikmat tak pernah puji Allah. Butanya hati saya. T_T
.
Sambung belajar.
Masih. Memang masih ramai yg tanya bila saya nak habiskan degree. "Tengok Aina tu, jangan jadi macam dia. Kahwin awal, muda-muda dah ada anak kan susah nak sambung belajar.". "Tengok Aina tu, lepas kahwin tak jadi apa la." "Jangan ikut perangai dia. Belajar tak habis lagi dah ada anak." "Kan dah cakap, kalau kahwin awal susah nak kerja. Gelap masa depan.". Yang cakap ni banyaknya umur makcik pakcik, pendapat saya mungkin mereka menyesal berkahwin, atau mereka menyesal ada anak, atau entah apa-apa lah. Sebab mereka terlau gerun untuk dengar "kahwin awal". Umpama mimpi ngeri kalau-kalau anak mereka kahwin awal. Saya faham belajar tu penting. Saya dah korbankan masa dengan suami saya selama 2 tahun. Dan mungkin kemalangan teruk tempoh hari menjadi asbab untuk Allah dekatkan saya dengan abang. Selama 2 tahun juga, saya berlagak macam bukan isteri orang bila ke mana-mana. Dan banyak dosa saya tanggung bila saya lupa abang. Bukan makcik pakcik yg tolong tanggung dosa saya. Saya faham saya kena balas jasa mama abah saya. Tapi bolehkan kalau kita jaga dosa pahala mereka? Kita pelihara mereka dari tanggung dosa kita sebab lalai dengan dunia. Pandangan dunia ini apalah sangat. Cuma secebis habuk setitis dakwat je jika nak dibandingkan dengan agama Allah yg tergadai jika dijual dan dirobek.
.
"Lah, kalau terus belajar kan dah nak habis. Entah-entah dah habis. Upah je pengasuh jaga Thaariq"
Tak, orang tak faham ekonomi kami. Orang tak tahu saya masih dalam recovery dan kadang-kadang ulang alik wad. Bila saya sakit Thaariq terbiar seorang. Sampai ke hati tengok anak entah kena campak mana-mana. Saya taknak susahkan orang sekeliing saya. Biar saya yg susah. Dan orang tak faham apa yg kita mahu untuk anak kita. Saya pekakkan juga telinga. Saya tak marah. Saya tahu aturan Allah yg terbaik.
.
Masih, saya masih ada niat nak habiskan degree. Tapi tunggulah rezeki Allah. Rezeki masa, kesihatan, kelapangan nikmat dan urusan. Anak saya perlukan saya. Suami saya perlukan saya. Saya pun perlukan abang, susah hati kalau kami jauh-jauh. Saya pun ada perancangan untuk buat pengajian jarak jauh. Mungkin beberapa tahun lagi. Jangan risau tentang gelap atau cerah masa depan saya. Ia tak menyumbang apa-apa untuk hidup orang lain. Keh. Kerana hakikat masa depan itu cumalah akhirat dan syurga Allah. (Mungkin ada yg nak termuntah dengan kata berupa nasihat ni, lebih lagi daripada saya yg hina). Hadiah Allah untuk saya, Thaariq, kalau sekarang saya tak korbankan kepentingan saya untuk lihat dia membesar, ada mungkinnya juga dia tak mahu korbankan kepentingan dia melihat saya tua. Anugerah Allah untuk saya, abang, kalau sekarang saya tak mahu korbankan kepentingan saya untuk susah bina keluarga bersama-sama, ada mungkinnya abang tak mahu korbankan kepentingan dia untuk susah bersama saya. Sedangkan kesusahan inilah yg manis. Yg susah inilah yg akan dikenang. Ada cerita untuk diberitahu kepada anak cucu.
.
Dan semuanya Allah bagi happy ending. Alhamdulillah. Saya percaya yg setiap saat dalam hidup kita walaupun baik atau buruk tetap ada hikmah dan sebabnya tersendiri. Tiada yg di dunia ini kebetulan. Semua aturan Allah. Even gerak hati kita yg remeh pun adalah dari Allah. Dan disebalik semua kenangan manis ini, saya banyak belajar mengenal Allah. Saya dekatkan diri dengan agama. Saya pupuk diri untuk jadi lebih baik dan jadi isteri yg baik. Saya tersangat jahil dan selalu menzalimi diri sendiri. Dan saya yakin ujian-ujian dan pengalaman hidup saya selama 2 3 tahun ini adalah proses didikan Allah untuk saya. Kalau Allah tak uji saya sebegini mungkin saya tak dapat keluarga saya sekarang, takkan wujud Thaariq, takkan wujud abang. Takkan wujud ketenangan yg bukan semua orang dapat. Mungkin saya tengah hanyut dengan dunia remaja saya. Mungkin saya bangga dengan kejahilan dan kejahatan saya. Nauzubillahiminzalik.
Percaya, setiap musibah itu ada hikmah yg besar. Kenangan pahit tu bukan selamanya pahit. Kalau kita bijak mencari asbab Allah takdirkan begitu in shaa Allah kita bersyukur. Semua orang ada dugaan masing-masing. Bezanya adalah siapa kita selepas dugaan tersebut. Samakah, atau semakin baik. Dugaan yg Allah bagi tu adalah kemuliaan bagi kita, untuk dinaikkan darjat disisiNya. Memang, yg orang nampak cuma gembira. Orang tak pernah lihat perjuangan kita mempertahankan hak kita. Sampailah nanti, Allah bongkarkan sendiri.
.
Sampai kini, akan ada orang-orang yg kekal dalam ingatan saya. Yang tak pernah tinggal saya di masa kejatuhan saya. Yang setia bersama dan berkorban apa sahaja. Yang tak pernah malu terima kekurangan dan keburukan saya. Yang jaga aib saya, yang selalu sokong saya, yang tak pernah hina saya sewaktu saya salah. Doa yg selalu ada buat mereka, semoga selalu dalam jagaan Allah.
@NurulainHamidzi @SyafirraSaipok @FarahhNabilaAzmar @NabilaFarahana @RamleeIsmail @AisyahRahman @NurPiqa @FifiySofea
.

No comments:
Post a Comment