Friday, May 2, 2014

Dugaan paling besar, kata Abang.

Assalamu'alaikum.
Bismillah.



Siapa kita manusia. Nak hukum-hukum orang. Siapa kita manusia, nak bilang pesalah-pesalah ahli neraka. Walhal aku sendiri tidaklah tahu pengakhiranku.

Saya mengaku saya ini jahil. Agamanya, akhlaknya, wibawanya, tutur katanya. Saya akui saya ini insan yang banyak silap. Dengan manusia, dengan Allah terutamanya. Hati tak tenang. Perasaan tak terkawal. Emosi tak stabil.

Dan sikap jahil saya dalam pelbagai perkara, sememangnya saya memerlukan seorang pembimbing yang dapat neutralkan balik hati saya ini. Saya rasa saya ada suami. Rupanya Allah jugalah pembimbing terbaik.


Saya mengaku kemalangan pada 25April2014 - Jumaat merupakan detik paling berharga buat saya. Dugaan yang sangat-sangat memberi makna mendalam pada seisi keluarga saya, terutamanya abang. Abang kata lepas dapat tahu pasal saya hatinya hancur luluh. Lemah lutut umpama tak bergerak bumi.

Cukup itu yang dia kata, saya tahu dia sayang saya.

11pagi, saya drive Perodua Kancil sambil berbual dengan Faa. Saya masih ingat ayat terakhir saya kata saya sakit tumit. Usually sakit tumit ni sebab peranakan ada masalah. Itu yang saya cakap. Sambil saya cakap, entah kenapa saya pandang Faa di sebelah kiri saya, saya gerakkan tangan kiri saya ke arah dia tanpa perasan badan saya berpusing ke arah dia juga. Tangan kanan saya pusing stereng ke kiri sedangkan jalan menghala ke kanan. Faa jerit, saya toleh depan dan terus rempuh tiang lampu dalam kawasan Unimas betul2 depan mata. Tanpa sempat elak. Nasib baik tiang lampu, bukan orang.

Dashboard terperosok ke dalam himpit kaki, bawah dada saya terhentak ke stereng. Enjin depan hancur. Cermin kaca pecah keluar alhamdulillah. Faa tak apa-apa. Nasib baik. Kereta berasap. Faa suruh cepat-cepat keluar.

Saya keluar terus sujud. Perut senak. Hidung berdarah. Kepala telinga berdesing. Peha kanan saya pedih. Luka sikit. Semua orang berhenti. Tapi semua lelaki. Diorang tak berani sentuh saya. Saya pakai stokin, selendang, baju labuh dengan seluar besar gedabak. Diorang cuma suruh saya mengucap. Faa menangis. Kebetulan berhenti satu kereta, KakLong, saya baru kenal seminggu sebelum exciden dekat Mall masa flyering Herbalife.(Maybe plan exciden Allah dah atur awal seminggu)

Ada lebih kurang 4 orang, diorang angkat saya nak masuk kereta orang(maybe student) tapi dengan izin Allah kereta medik Unimas lalu. Saya terus diangkut naik kereta tu dan terus ke klinik Unimas. Saya sempat pesan kat KakLong ambil blackberry saya atas dashboard dengan crocs putih dalam kereta sebab crocs tu abang belikan.

KakAliya (kawan KakLong) follow saya ke klinik Unimas. Tunggu kereta ninonino sampai. Saya cakap tak boleh baring. Belakang saya sakit. Perut saya pun sakit. Makin lama makin sakit. Sampai dekat klinik saya terus dimasukkan air dan diambil heart rate. Saya tercungap-cungap. Nafas saya berbunyi. Hidung saya baru berhenti bleeding lepas diarah baring atas bantal. Saya diberikan oxygen. Tak lama lepastu kereta ninonino sampai. Saya terus digerakkan ke HUS(Hospital Umum Sarawak). Minggu lepas saya baru pergi HUS sebab checkup baby. Minggu ni datang lagi.

Ya Allah semoga tak apa-apa. Saya makin drowsy. Makin mamai. Kereta ninonino terus masuk dalam bangunan emergency. Saya dikeluarkan. Medical Assistant(MA) dan nurse terus tolak saya masuk dalam. Saya di X-ray. Doc kata hati pecah. Memang hancur, tak boleh diselamatkan. Kita tengok sampai esok sama ada awak boleh stay stabil atau tidak. Kalau tidak, esok kita operate. Saya angguk.

2petang- Saya bertahan dengan oxygen dan air. Tak sampai 5 minit saya bengkokkan kaki dan mengiring ke kanan. Doc perut saya makin sakit. Sakit sangat. Belakang saya tak mampu tampung. Doc datang, selak baju saya. Perut kembung. Bila ditekan saya menahan sakit. Ditekan lagi masih keras. MA terus tolak saya masuk ICU. Doc panggil semua nurse kerumun katil. Doc mintak nombor abang. Saya beri sambil suara tenggelam timbul. Kuku saya jadi putih. Nurse 1 tengok mata, nurse 2 tengok tapak tangan, nurse 3 tengok lidah. Semua buat kerja serentak. Mungkin diorang dah bincang. Serentak semua lampu dihidupkan. Pengimbas x-ray dan segala mesin2 ditarik rapat ke katil saya. Serentak juga ketiga-tiga nurse cucuk tangan kiri, tangan kanan saya. Tapi tak jumpa urat. Sebab doc kata darah saya banyak hilang. Mereka terpaksa cari urat dekat kaki tapi 2 kali pun tak dapat. lengan siku pun tak dapat. Badan saya dah kebas, sebab darah tak ada. Last choice, doc suruh cucuk jarum dekat leher. Dapat. Serentak tudung dan baju saya disalin. 2 pain darah+1 air masuk dalam badan saya serentak.



Semua kelam kabut. Heart rate saya drop mendadak. Hb turun mendadak. Doc kata saya kena operate sekarang juga. Darah dah penuh sampai tutup paru2. Saya angguk. Doc tanya saya nak apa. Saya taknak apa-apa. Saya nak air je. Haus sangat. Doc tak bagi. Saya menangis nak air. Doc tak bagi jugak. Saya dah merayu. Saya nak minum sikit je. Bolehlah, tolonglah. Doc suruh nurse basahkan bibir saya. Dan ajar saya mengucap. Saya minta air lagi, diorang kata diorang nak ambil. Saya tunggu, tapi tak datang-datang hantar air sampai saya tak sedar apa2.



26April2014.
Saya sedar, abah tengah pegang pipi. Mata abah bergenang air, merah. Abah cakap haa dah sedar pun. Mama kat sebelah abah, menangis. Uncle Bon kat sebelah kanan. Saya nampak samar2 abang datang dari jauh ke arah uncle. Saya drowsy. Tapi dengar apa orang cakap. Saya tak ada suara. Dalam mulut saya ada dua tiub. Dalam hidung pun ada. Badan saya tampal wayar-wayar.Tangan dan leher saya penuh jarum. Nikmatnya tidur. Walaupun macamni.

Abang datang, pegang dahi saya. Abang senyum. Saya pun senyum sikit. Saya rasa hati saya lapang. Tenang sangat. Macam baru lepas menangis masa dalam solat. Damai-sedamainya. Tak pernah saya rasa seumur hidup saya. Saya tak boleh bergerak. Saya kata nak air milo. Tapi abang tak dengar. Abang tanya nurse, nurse kata saya tak boleh minum lagi.

Saya tak ingat apa yang saya bualkan. Tapi saya banyak guna gerak mulut dan tangan sikit-sikit. Suara tak boleh keluar. Saya tak lapar, cuma haus je. Saya terkejut abah kata dah hari sabtu. Lamanya saya tidur. HiHi. Along dengan abang Yas pun datang jugak. Baru saya perasan saya tak ada baju masa tu. Cuma ditutup dengan kain. 

Kawan baik saya datang. Kawan-kawan  Herbalife pun datang. Nina, Aina, Afifah, Amni, Lala, KakAliya dengan tunang dia. Tapi sayang dapat jumpa diorang sekejap sangat. Nurse halau :( HuHu

Saya nak batuk. Tapi tak lepas. Perut saya sakit. Dalam mulut ada tiub. Mulut saya sentiasa terbuka. Sampai keluar air mata. Tekak gatal sangat. Nurse datang, sedut kahak dan air liur yang bertakung. Seksa. Sakit. Tapi lepastu, lega.


27April2014.
Tiub dekat mulut dah boleh cabut. Dekat hidung je belum boleh. Petang sikit baru doc cabut yang dekat hidung tu.Saya dah boleh minum. Abang beli banyak air milo kotak dengan dua botol air mineral besar. Along pun beli air milo. Along belikan bubur McD. Sebab saya boleh makan makanan lembut je. Tapi kosong.

Tapi, malam baru saya boleh makan. Doc kata tunggu perut saya ok dulu. Kawan-kawan saya datang. Kakzu, Mazilah, Kanang, KakDayah, KakIntan. Semua orang Endau. Saya terharu diorang datang. Saya  tak boleh bercakap sangat lagi. Suara pun tersekat-sekat. Rasa sayang tak dapat berbual lama dengan diorang. Nak nangis pun ada.



28April2014-Isnin.
Nurse kata petang nanti saya boleh tukar ward biasa. Saya angguk. Senyum.

Pukul 3 pindah wad. Nurse mandikan, tukar baju cabur wayar semua. Baru saya sedar ada 30 stapler dekat perut saya sepanjang 10 inci. Ada tiub, doc tebuk sebab nak buang darah kotor yang bekas hati pecah haritu.Jahitan saya masih bleeding. Kejap-kejap berdarah. Dari hari pertama operate. Asyik soak soak aje. Doc keep recovering dressing jahitan dengan kapas.

Saya bagitau abang dah pindah wad. Abang datang. Abang yang jaga. mandi, cuci-cuci. basuh-basuh semua. Makan, minum. Abang tidur atas tikar, kat lantai. Kesian tengok. Rasa nak suruh baring atas katil je.

Abah datang, mama, along semualah. Didy anak Cikgu Kunyu pun datang. Dengan kawan dia. Ramainya orang melawat. Ya Allah ini silaturrahim Islam. KakLong dengan KakNor pun datang. Meriah. Tak rasa sakit. Terlupa.


29April2014.
Family balik semenanjung. Semua orang tinggal saya. Yang ada hero saya. Alhamdulillah. Sedara-mara and family hulur bantuan sikit.

Selama tinggal dengan abang saya merasa tersangat dihargai. Tak mengeluh, tak bising sikit pun. Abang yang sabar layan karenah saya. Suap, batuk sambil tahan sakit perut. Bila keperluan saya semua dah settle, baru abang letak kepala atas katil dan tidur. Kesian tengok. Saya letak tangan atas tangan dia. Dia bangun pulak. Dah kenape.



30April2014.
Sama. Abang jaga saya macam selalu. Abang bangun pukul 6 pagi sebab takut saya nak apa-apa. And macam biasa saya di keep masuk air dan ubat. Jahitan saya dah start cloting. Darah makin mengeras. Dah stop bleeding slowly. Tapi Hb saya drop mendadak. Saya kurang darah sebab darah hilang lagi. Masih pucat. Doc tambah 2 pain darah lagi. Baru okay balik. Abang kata nanti balik dia nak minta derma darah bagi saya. HiHi. Lawak je.

Tiub dekat perut dah cabut. Masa cabut tu sakit. Tapi saya tak menangis. Cuma kerut-kerut muka sambil rengek sikit. Doc tu pujuk saya macam budak kecik. Lepas cabut darah keluar. Doc tampal dengan kapas. Takut tengok. Berlubang pinggang sebelah kiri.


Petang sikit semua jarum-jarum kat tangan and leher di tanggalkan. Tangan saya bengkak. Nak gerakkan pun sakit. Kat leher kanan ada 4 bekas masuk jarum besar sebab masuk darah. Leher belah kiri ada satu. Tangan ada banyak. Tangan kanan ada 10 bekas, mungkin cari tak dapat, cucuk lagi. Tangan belah kiri ada 15. Ambil darah, masuk air. Kadang-kadang dah cucuk tak dapat pun darah. Kat kaki kanan ada dua. Kaki belah kiri takde.


And saya makin okay. Belajar bergerak. Belajar berjalan. Ketawa. Batuk. Cumaa tak boleh buat kerja berat 2 bulan. 2 bulan? Kejap je. Pejam celik je.



Saya bahagia. Bukan sebab kenapa-kenapa. Tapi sebab saya lihat ikhlasnya abang menangis demi saya. Ikhlasnya Mama abah menangis dan berkorban untuk saya. Ikhlasnya Adik kakak dan kawan-kawan saya mengambil berat. Saya sayang semua orang.


Dan hari ini, lahir hati yang baru. Yang tinggal separuh. Entah kenapa saya tenang. Entah kenapa saya terasa sangat lapang. Allah selamatkan saya dari nyawa-nyawa ikan. Allah pilih saya untuk terus survive and alive demi orang-orang tersayang. Allah pilih saya untuk merasa hikmah dugaan ini. Allah pilih saya untuk bersihkan dan buang hati saya yang kotor. Mungkin kafarah dosa. Saya terima dengan hati yang sangat sangat sangat terbuka dan ikhlas. Allah pilih saya untuk terus kuat. Demi orang-orang sekeliling. Dan sebabnya saya kuat, demi anak saya yang Allah selamatkan daripada kemalangan tu. Allah beri saya peluang baiki kesilapan. Allah buka seluas-luasnya penerimaan orang lain terhadap saya. Dan sesungguhnya saya bertuah Ya Allah. Saya merindui detik-detik cemas masa-masa saya mengharap Allah selamatkan aku. Selamatkan anakku.






Dan. Alhamdulillah. Semuanya selamat. Alhamdulillah sangat sangat. :)

7 comments:

  1. rasa nak menangis je baca. ya, Allah pilih Aina sebab DIA tahu, Aina kuat!! hahaha . :')

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Aina..be strong..
    especially utk Toriq..
    fighting!!!

    ReplyDelete
  4. Salam aina. Sy tak tau pun awak accident teruk sampai macam ni. HOpe cepat sembuh. :)

    ReplyDelete
  5. aina kau memang kuat... tabah kan hati.. mybe aq lmbt bce blog ko. tpi hope skrg kau dah berlari 100m plak.. kim slm kat arm sekali.. -LOQ-

    ReplyDelete