salam.
tadi pagi.
aku datang sekolah awal sikit.
lepas itu aku pergi perhimpunan dan duduk dekat kantin sekolah.
lepas itu aku bukak buku kimia dan membaca sambil menghafal. sebab ini hari, exam. paper chemist.
dan sambil2 itu aku memerhati di sekeliling. classmate 4s1 aku takde pun. buddy aku yang dekat 4s2 dengan 4t1 takde pun. jadi aku membuat keputusan untuk naik ke kelas.
dalam kelas:
aku baca buku dekat balkoni dengan Piya, si kawan baikku.
dan dia cakap :eh kau tunggu jap kat sini.aku nak pergi kelas Mumy jap."
aku: "okey"
kemudian aku terlihat seorang lelaki memakai baju berwarna biru cair yang gelap.(biru laut pekat).
ya itu seorang pengawas. tingkatan lima. dia berhenti di kelas Mumy(4s2) dan berkata sesuatu tetapi aku tak dapat mendengar disebabkan jarak yang agak jauh antara kami.
nampak gayanya macam dia suruh turun bawah or turun ke tapak perhimpunan.
aku masuk ke dalam kelas dan cakap kat Syaff, Bitt dan Jiji,
aku: "aku rasa pengawas tu suruh turun bawah"
lepas itu dia orang balas "nak baca buku"
lepas tu aku keluar dan pengawas lelaki tadi cakap dekat budak2 kelas aku: "cikgu suruh turun bawah"
kami pun turun.
sesampainya kita orang dekat perhimpunan semua mata2 tertumpu ke arah kita orang, si budak2 kelas 4s1,4s2 dan 4t1.
dan kita orang mendengar nada2 amarah dari cikgu Shah.
dan kita orang diarahkan oleh beliau untuk berdiri di hadapan perhimpunan secara beramai-ramai.
dan beliau mengarahkan kita orang untuk ketuk ketampi sebanyak 20 kali.
dan seterusnya pelajar2 lain mengira 20 kali berturut2.
kami malu.
Auni cakap: "tu lah kau orang, aku nak turun, kau orang taknak, kan dah kena"
aku: "tu lah kau orang, aku cakap pengawas tu suruh turun kau orang tak nak.kan dah kena"
kita orang memulakan denda yang dikenakan sampai siap.
dan kakiku sudah lenguh.
dan kepalaku sudah pening2 lalat kerana menahan malu dan penat.
nafas tercungap2.
kemudian kita orang disuruh masuk ke dalam barisan kelas masing2 di tapak perhimpunan tersebut.
aku melihat mata2 beberapa orang makhluk perempuan sedang menatap kami sambil memeluk tubuh. ada yang bercekak pinggang. sambil tersenyum sinis.
haha. itu geng2 dia. kelihatan seperti mereka itu berpuas hati.
apa aku peduli. haha. dalam konteks ini mereka adalah watak antagonis.
dalam kelas selepas balik dari perhimpunan:
peperiksaan bermula. kimia kertas 2.
aku membaca soalan pertama.dan...
stucking. kerana kepala berat. menahan malu tadi.
aduh bila nak hilang ni blur ni.
PSST: padan muka. exam chemist tadi susah gila. soalan yang sangat kiut.
Piya:si kawan baikku.
dia mesej aku. dan berbicara tentang pencuci muka yang aku belikan tadi.
dia cakap setengah jam dia dekat bilik air wasting time untuk memicit pencuci muka tersebut tapi tak keluar2.
then dia cakap, tengok2 ada aluminium foil rupanya. ohh patutlah.
agak kelakar.