[Assalamualaikum.
Malam-malam, belek-belek berita, tiba-tiba terdetik hati untuk menaip. Khas untuk para wanita, yang mana puratanya dalam dilema dan ketakutan. Terutamanya yang seusia baya saya.
Malam-malam, belek-belek berita, tiba-tiba terdetik hati untuk menaip. Khas untuk para wanita, yang mana puratanya dalam dilema dan ketakutan. Terutamanya yang seusia baya saya.
Assalamualaikum kali kedua, buat para ibu, buat para bapa, buat para dewasa semua. Ini surat untuk kalian, surat wakil dari teman-teman saya, yang perempuan, tak kurang juga lelaki, mungkin memerlukan wakil bicara dari saya.
Bismillah. 2014 sedikit lagi. Tanpa sedar generasi kami 1990-an dilanda wabak yang sangat membimbangkan. Tanpa sedar zaman sekarang nama dan harta bukan lagi menjadi landasan kebahagiaan dan kesejahteraan. Sebaliknya syariat Islam dan keyakinan 100% pergantungan terhadap Allah didahulukan.
Mungkin generasi sebelum kami kelihatannya sedikit stabil. Pergantungan dan pengharapan yang tinggi terhadap peringkat pendidikan menjadi ukuran cukup makan cukup pakai. Habis ijazah terus berkerja. Keluar maktab terus mendidik. Saya akui, kurang saingan berbanding sekarang.
Beberapa tahun lepas standard dan piawaian pendidikan semakin tinggi. Tahap pendidikan zaman sekarang tidak menjamin pekerjaan, sebab masih ramai senior-senior sekolah saya yang graduate university masih menganggur. 2 3 tahun lepasan ijazah masih tiada kerjaya.
Inilah dilema rakan-rakan saya, dan kebanyakkan generasi 1990-an sebaya saya. Ada pun lepasan ijazah bergaji RM2000 ke bawah. Belajar tinggi-tinggi, hutang tinggi, susah payah tinggi, belanja tinggi, kos sara hidup di universiti tinggi, pengorbanan tinggi, dan akhirnya terkorban sendiri.
Saya akui ini adalah permintaan dan harapan setengah ibu bapa. Saya faham. Ini adalah salah satu cara membalas budi dan jasa ibu bapa, dan juga salah satu cara membuat mereka berbangga. Sehinggakan masyarakat umumnya sudah lali dengan syarat;
“Kalau nak kahwin, kena habiskan belajar dulu, ada kerja tetap”
ATAU
“Selagi tak habis ijazah, jangan mimpi nak kahwin”
DAN
“Kalau cari lelaki, biar yang kaya dan berharta”
Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)
This is some kind of weak weak weak points.
Islam kata kalau nak kaya kena nikah.
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32
I’m sorry. Melayu haprak kata kalau nak nikah kena tunggu kaya.
Dan di sini ingin saya nyatakan, tidak semua ibu bapa tahu menggunakan facebook, teknologi, isu semasa, perbahasan masa kini, masalah remaja, mengapa remaja dan asyik-asyik remaja. Jadi tak semua ibu bapa tahu jawapan "mengapa pernikahan dalam kalangan remaja digalakkan"
“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)
Seminggu ini sahaja saya dah terjumpa dengan lebih 10 kes jenayah melibatkan wanita, remaja.
Rogol, bunuh, zina, sumbang mahram, perogol termuda umur 11 tahun, kanak-kanak 4 tahun diperkosa, bunuh dan kerat wanita, cabul, berpeluk bercium di khayalak ramai, dan sejujurnya rakan-rakan sebaya saya, lingkungan 19-22 tahun, ada di antara nya terlibat dengan jenayah-jenayah tersebut.
Saya ada kurang 12 orang kawan baik, dan 5 daripadanya pernah terjebak dgn zina. Ini tidak termasuk dengan kawan-kawan saya yang dari jauh, yang tidak sekelas, yang tidak sekampung, yang bukan rapat dengan saya sangat pun. Dilema mereka adalah antara dosa, taqwa dan ibu bapa.
PERHATIAN wahai ibu bapa, pelihara anak-anakmu. Pelihara maruah keluargamu dahulu sebelum mencipta nama. Bukan mencipta nama dahulu baru menjaga maruah.
Kalau betul pemimpin belum mampu mengikut landasan syariat, apa salahnya ketua keluarga yang mulakan dahulu? Saya tahu bukan senang jaga anak. Saya tahu bukan mudah membesarkan anak. Tetapi wahai ibu bapa kalian perlu tahu zaman sekarang adalah zaman teknologi super pendedahan. Zaman sekarang adalah zaman sumber maklumat super terperinci. Tak sama dengan zaman 1960-an dulu. Kena tahu apa yang bergerak sealiran dengan umur anak-anak sekarang.
Ibu bapa kena sedar, usaha merosakkan islam semakin menular. Remaja sekarang semakin liar. Banyak pengaruh luar dan dalam tanpa sedar. Dan tanpa sedar juga banyaknya pengaruh di alam persekolahan.
5 orang kawan saya yang terjebak dengan aktiviti yang saya sebutkan tadi, saya perincikan.
Semua baik-baik.
Semua baik-baik.
1: 19tahun, keluarga sederhana, selalu dpt bantuan dekat sekolah. Gemar bersosial dengan kawan-kawan. Pakai baju tak cukup kain. Dari kecik sampailah ke habis SPM. Alhamdulillah sekarang dah bertudung. Sayangnya, pernah terlanjur, ada anak, dan bagi kat orang. -Prinsip aurat tidak ditekankan.
2: 19tahun. Kawan rapatlah jugak. Takdelah bersosial mana. Cuma perwatakan macam lelaki, tak pakai tudung. Tapi masih lembut. Nak kahwin mak ayah tak bagi. Suruh haniskan belajar. Terlanjur, dan sekarang berkahwin tanpa pengetahuan keluarga.
3: 19tahun. Kawan rapatlah jugak. Nak kahwin ayah tak bagi walaupun dah kantoi terlanjur. Sebab tunggu kerja dulu. Tunggu ada pendapatan tetap dulu. Dan pengakhirannya, dapat new family. Tapi ayah perempuan masih tak bagi kahwin, dari bersalin sampai anak nak pandai jalan, jaga anak sorang-sorang. Sebab ayah suruh tunggu lelaki kerja tetap dulu.
4: 21tahun. Kawan rapatlah jugak. Dulu nak kahwin, sebab tertarik dengan isi-isi pahala seorang isteri. Bila cakap dekat mak, mak minta hantaran RM30ribu. Cukup RM30ribu, boleh kahwin. Logiknya, umur 21, belum graduate lagi, dah mintak RM30ribu, mana lah nak dapat. Pakcik Makcik, yang gaji RM3000 pun terkulat-kulat nak bayar bil api air. Tak dan nak kumpul RM30ribu. Inikan pulak manusia yang baru nak bina hidup, manusia yang baru je nak galas tanggungjawab, yang baru je nak stabilkan ekonomi sendiri, dimintanya RM30ribu. Akhirnya terlanjur selama 2 tahun, mohon izin nak kahwin masih tak dapat kahwin. Akhirnya lelaki tinggalkan perempuan habis madu sepah dibuang, tanpa bertanggungjawab, dengan alasan mahal sangat.
5: 25 tahun. Mintak nak kahwin sejak umur 18 tak bagi. Suruh cari lelaki kaya. Suruh sediakan hantaran RM11ribu. Perempuan menangis-nangis minta izin minta rendahkan hantaran. Lepastu pulak suruh habiskan belajar. Sedangkan di hati ada yang berkenan. Mak kata kalau kahwin muda nanti orang cakap apa? Kalau buat kecik-kecik nanti orang mengata. Kalau kahwin dulu nanti tak sempat habis belajar kena berhenti. Kalau berhenti takde kerja gaji besar. (besarlah sangat) Akhirnya anak terlanjur selama 3 tahun, kahwin lari di Siam, dapat anak. Nanti orang cakap apa--> Jadi orang dah cakap macam-macam.
Itu yang kes terlanjur.
Selebihnya kes dua orang kawan saya.
Dua-dua baik, sopan. Tapi suka bercouple dengan HOTSTUFF kononnya. Masalahnya HOTSTUFF tu mintak gambar bukan bukan dia bagi. Bukan sorang. Boleh kata semua yang dia kenal pi bagi. Apa ke ngoknya. Boleh pulak cemtu. Lepastu melayan pulak para HOTSTUFF tersebut pada malam hari! Sorang takpe, ni semua.
Dunia semakin bahaya. Zina di mana-mana. Dan saya katakan, pada asalnya kawan-kawan saya semuanya baik-baik.
Tapi, yang peliknya, walaupun ibu bapa sedar tentang perkara ni, mereka tetap berpendirian teguh untuk tidak mengahwinkan anak perempuan mereka walaupun dah terkantoi banyak kali! Anehnya, ibu bapa sanggup tunggu 4 tahun anak habis belajar dan sanggup menanggung dosa anak selama 4 tahun!
Beraninya, ibu bapa membiarkan anak perempuan mereka merantau ke mana-mana tanpa dijaga oleh sesiapa! Bila kena culik rogol bunuh tahu pulak terkezutnya!
"Perempuan, sebelum kahwin ibu ayah jaga, lepas kahwin, suami jaga. Betapa sayangnya Allah pada orang perempuan"-Ustaz Don Danial
(Kadang-kadang orang perempuan ni sendiri tak sayang diri sendiri! Dek kahwin hanya kerana nafsu, tak seimbangkan dengan ibadah dan tuntutan agama)
Kejamnya, ibu bapa menahan anak berkahwin dan mendera mereka dengan hantaran yang tinggi yang sama nilai dengan gaji para menteri. Anehnya! Ibu bapa sanggup terkontang-kanting semata-mata nakkan majlis yang grand brand sebab nak nama dari majlis kahwin anak. Macam jual anak pulak.
Dan tanpa sedar, isu hantaran tinggi inilah yang kebanyakkannya membawa kepada kehilangan berkat dan seterusnya maksiat.
Dan tak lupa juga kisah kawan kepada suami saya, lelaki. Asal keluarga sederhana, nak berkahwin dengan perempuan asal keluarga kaya. Ayah perempuan mintak hantaran RM20ribu. Umur masing-masing 20. Akhirnya terlanjur. Bila dapat tahu anak perempuan hamil, ayah perempuan mintak lelaki bertanggungjawab dengan syarat hantaran masih RM20ribu muktamad. Lelaki ni punya sayang kat perempuan tu and nak bertanggungjawab punya pasal sanggup merompak T___T dan dan dan akhirnya ditangkap polis. Terkontang-kantinglah perempuan tadi tanpa sempat ada suami dek mengejar hataran RM20ribu diminta ayah.
"Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunimu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu"
(Surah Al-Baqarah;187)
Dilema kedua.
Saya sebagai seorang wanita dan pelajar ijazah ligat berfikir bagaimana generasi sebaya saya dapat membina hidup dengan ketenangan dan keamanan. Tanpa sengaja ada sesetengah ibu bapa mendesak anak-anak lelaki/perempuan memberikan mereka kemewahan yang tidak masuk akalnya! Ibu bapa tahu tentang kos sara hidup yang semakin meningkat. Mereka pun terkontang-kanting tunggang terbalik nak bayar hutang bank dan sebagainya. Nak bayar elektrik pun terkial-kial. Ibu bapa tahu kelulusan untuk pinjaman nak beli kereta/rumah semakin susah dek gaji lepasan ijazah tak berapa nak tinggi pun, apa lagi yang takde slip gaji. Ibu bapa tahu anak-anak mereka memerlukan masa yang panjang untuk stabilize ekonomi dan politik masing-masing lebih-lebih lagi harga-harga barang semakin naik menjelang 2014! Apakah??? T_T
FAHAMILAH keadaan kami wahai ibu bapa sekalian. Kami bukan lombong emas.
Dan setinggi-tinggi tahniah kepada ibu-bapa yang menyedari akan hal ini. Ada seorang kawan saya dinikahkan sebab mak ayah nak pergi haji. Ada yang dinikahkan sebab mak ayah jamin rezeki anak akan terbuka luas. Ramai jugak kawan saya yang dinikahkan sebab mak ayah taknak anak terlibat dengan masalah sosial.
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Ikhlas: Nourul-Iman.
Wanita-wanita sedunia.]
Wanita-wanita sedunia.]
Sesiapa yg nak tahu tentang HERBALIFE
atau perlukan bantuan dengan HERBALIFE
atau nak start buat extra income part time/ full time
sila call
0147753477-Aina Munirah.

