Thursday, April 11, 2013

There's no more secret.


Alhamdulillah. I'm Muslimah. I'm 19 and I can tell the whole world no more secret I'm married. 

Pengalaman:
Bermulanya hidup sebagai seorang isteri. Semoga nanti juga akan mula hidup sebagai seorang ummi. Aamiin.

Malam pertama yang dihiasi mimpi indah, pertama kalinya bermimpi tentang kebaikan. Dengan izin Allah jualah mimpi itu hadir, dan semoga mimpi itu menjadi petanda yang baik.

Ye. Dah bendape yang aku merapu repek ni kan. Well, selama-lama ni hidup aku tak tenteram. Dek gangguan emosi, rohani dan jiwa (bak kata abang). Dari realitinya sampai alam tidurnya penuh dengan depresi dek desperate nak kahwin. Okay aku tak kisah kau orang nak kata aku gatal miang ruam ke apa, tapi, yeah, selama 3 tahun aku stress sebab nak kahwin tak dapat. HiHi. Its not about gatal or fikir seronok, tapi trust me, bila kau orang dah mendalami secara tak sengaja tentang ilmu-ilmu alam rumahtangga tu, kau orang akan rasa sendiri keexcitedannya. Walaupun kau orang takde calon suami or isteri masa tu. Sampaikan kau orang akan kata, aku tak kisah kalau kahwin dengan orang tua pun asalkan dia boleh bimbing aku and aku kahwin. T.T sadis? Ye, sadis jugak bunyinya.

Tapi alhamdulillah, walaupun aku selalu menyanyi dekat dapur sambil memasak, suami I bukan orang tua ye. Suami I sama umur dengan I 19 tahun. Well, what you believe is what will Allah give.

Khurafat tu semua. Menyanyi kat dapur tak memberi kuasa apa-apa kepada berapa umur suami manusia.

Dan seperti yang diperjuangkan selama 3 tahun ini, akhirnya tertebus jua. Ini adalah antara cita-cita aku sejak Form 4, nak kahwin muda. Okay, seems like larikkk dah huraian ni. HaHa.

Okay okay. First night selepas bernikah, pertama kalinya aku mimpi aku mencari surau di tepi-tepi jalan untuk solat. Sambil mencari-cari telekung untuk solat. Selama sebelum nikah ni tak pernah pun mimpi camtu. Asyik-asyik mimpi kena marah dengan lecturer, parents, makan banyak, nak terbuang air, cari tandas, menyanyi dalam mimpi, mengumpat orang dalam mimpi, dating senyap-senyap, sepahkan rumah dan sebagainya. Its all about negative I tell you bebeh. Tak pernah pun mimpi baca Quran ke, berdoa ke, tolong orang ke, bersodaqoh ke, apa lagi solat. T.T

Mungkin sebab tak tenang ke apa. Atau mungkin masa sebelum nikah tu bercinta yo yo ar je so its all about dosa. Mesej dosa, jumpa dosa, ambil gambar sesama berdosa and all about dosa lah.

Tapi HiHi, lepas akad nikah tu everytime everywhere pahala. Dan aku menghayati setiap detik dan saat bila senyum kat abang pun aku akan fikir yes this is pahala. Lepastu cakap ngado-ngado pun tanpa sedar eh I've got pahala lagi. HaHa. Cam bengong je minah ni dah kenapa.

And you know, everything is with Allah's will. KuasaNya, izinNya, hakNya. Setiap detik setiap masa aku berserah kat Pencipta yang satu bahawa hati manusia ni Allah yang pegang, semoga Kau melembutkan hati orang-orang disekelilingku dan semoga pernikahan aku akan berlangsung dalam masa terdekat. Allah please show me what is the best for me.

And alhamdulillah, doa-doa aku banyak yang Allah kabulkan syukran Ya Allah walaupun ada yang cepat ada yang lambat makbul. Ujian-ujian yang sebelum ni penuh berhikmah besar dan ganjarannya penuh nikmat. Pertama kali dalam hidup aku merasakan kelegaan yang amat sangat. Tenang dan damai yang aku cari selama ni Allah beri tanpa disangka-sangka everything is kuasa Allah subhanallah.


Dan sejak hari pertama akad aku ingat, takde hidup di dunia ini yang tiada dugaan. Semuanya dugaan dan ujian dari Allah thats why it is called Dunya(dunia) sebab this is way to akhirah insha Allah dipermudahkan aamiin.

Air mata yang selama ni berbaldi-baldi akhirnya tertebus juga. Sakit hati dan kecewa yang selama ini berbakul-bakul akhirnya terganjar juga. And, :') this is what I'm fighting for all these 3 years selama kenal dengan abang this is what I'm waiting for and thanks Allah you gave me this gift.

Secara tiba-tiba, rezeki sebelum majlis nikah tu mencurah-curah. Tiba-tiba, daripada takde duit Allah bagi pertolongan last minute yang sangat berbaloi dan dulu aku selalu doa Allah aku taknak majlis aku nanti ada membazir and, HiHi, belanja majlis nikah campur dulang hantaran campur jamuan makan dan baju pengantin semua-semua total RM950. Ye sembilan ratus lima puluh ringgit Malaysia termasuk mas kahwin. Itupun aku ada lari-lari duit tu ke lain yang takde kaitan dengan majlis pun. HiHi. Jimat? Tapi meriah. Dan macam orang lain juga. Last minute aku dapat rezeki lagi, mama bagi hadiah gelang and rantai, dan asalnya kira-kira RM1500 untuk belanja termasuk RM450 untuk jamuan tapi lepas jamuan mama kata takyah bayar ni hadiah dari mama dan bila check dalam beg duit aku ada RM50 and beg duit abang RM50 maknanya, lebih seratus ringgit. Sempat bayar buat kad nikah dan stok makan lepas nikah pungpangpungpang rezeki Allah bagi.

Sehari sebelum akad, terdetik nak pergi update balance kat bank yang aku dah setahun tak jenguk muahaha sebab aku prefer guna bank islam so bank lain tu aku buat emergency je then after check baki ada RM985.00 ohh. Pitamness banyaknya HaHaHa aku biar je duit tu tak guna syytt diam jangan bagitahu orang. And kebetulan kawan aku kata nak pinjam duit and aku sebenanrnya pening tak cukup duit untuk jamuan tu tapi aku bank in lah RM50 kat dia mungkin dia dalam kesusahan so insha Allah bila aku susah nanti Allah tolong.


Hmm. Kalau nak diikutkan banyak sebenarnya rezeki tidak terduga dalam masa 3 hari selepas nikah tu. Its magic. From Allah. HeHe. Dan sesungguhnya aku berbangga berkahwin diusia muda ini, bebas dohh. Aku tak segan nak pegang tangan depan orang. Tak segan nak bergurau dengan abang depan orang. Takyah control-control. Kau nak makan sampai comot ke hidung pun peduli apa thats my husband. Its non of your business kau kutuk kau berdosa aku harmful nothing. Kau nak terkentut depan dia pun HaHa kentut pun wangi(erk). Insha Allah it'll be forever long lasting sampai ke akhirat dengan izin Allah. Doakan kami. :')