Saturday, July 6, 2013

Hati manusia,Allah yg pegang.


Speechless again. Dan hati manusia ni, kita tak boleh jangka kan. :) Semuanya secara mendadak dan tiba-tiba. Seusaha mana pun kita nak jaga hati orang, kadang2 keputusan dr orang lain tu sangat mengejutkan kita. Kita tak mintak, tapi mungkin sebab hati dia berubah. Depan kita macam sayang, tapi kita tak tahu sebenarnya dia bahagia tanpa kita. Mungkin dulu ok, sekarang tak.

Sometimes, ada situasi macam ni :
Beriya-iya nak nikah. Dah dapat restu dua belah pihak. Banyak dah dikorbankan demi sebuah pernikahan. Tetapi akhirnya, tak jadi. Pelikkan? dulu sayang sangat. Tapi akhirnya, hati dah tiada. Perasaan makin pudar. Sayang pun lenyap. Proses pernikahan tu dibiar terkontang-kanting. Belah lelaki entah kemana, perempuan pun entah kemana. Salahnya, perubahan hati. Sebab hati manusia ni, Allah yang pegang.

Ada jugak situasi macam ni:
Berpakat-pakat dah nak nikah, tapi keluarga pihak perempuan tiba-tiba tak setuju. Dulu, mula-mula kata okay. Akhirnya, tak okay. Sebab? Hati berubah. Last minit suruh cari orang lain. Macam tukar baju senangnya pulak*tepuk dahi

Ada jugak kes begini:
3 tahun bercinta. Sudah dekat nak nikah. Tinggal 2 3 bulan je lagi. Akhirnya, pihak lelaki tinggalkan pihak perempuan. Sedangkan persiapan dah macam-macam buat. Tinggalkan perempuan tu terkapai-kapai. Terkontang-kanting uruskan sendiri semuanya. Semua yang selama ni dikorbankan, kerja tunggang terbalik bersama-sama, membazir macam tu aje. Walhal tinggal setapak dua je lagi nak bernikah. Dugaan yg macam-macam sebelum ni boleh bertahan. Tapi dah dekat nak nikah tu lah yg berubah hati nya.

Ada jugak kes gini :
Dulu mati-mati keluarga tak suka. Suruh cari orang lain. Sebab bukan orang senang. Lepas kahwin, rezeki melimpah ruah. Sebab janji Allah dah termaktub dalam Al-Quran kan. Lepas 2 3 tahun kahwin, kemain sayang lagi dengan menantu, luka yg kecik tak seberapa kat lutut pun di kisahnya.. Pelikkan? Hati manusia, Allah yg pegang.

Dan banyak lagi lah. Tapi dalam banyak2 tu, paling kesian yg kes 2 dengan 3. Apa-apa yang kita nak, doalah. Doa tu kan senjata. Nak lembutkan hati orang pun guna doa. Nak gerakkan hati orang pun guna doa. Mintak dekat Allah, sebab Allah yg pegang hati manusia.

However and however, Alhamdulillah saya masih ok ok saja. Its going to better. Its going to be brighter. Insya Allah. Sebab hati saya masih stick, sayangkan org terdekat saya. My parent and family, my man, my man's family. Saya berharap Allah jaga hati saya, dan orang2 tersayang ini. Aamiin.

Friday, July 5, 2013

This Is Love

Bismillah.

Assalamualaikum. HiHi. Suddenly after saya mengisytiharkan status kami, ramai pulak menginbox. Overall soalannya lebih kurang sama je bunyinya.
It was like “ohh really? Tahniah! Macam mana boleh dapat kahwin awal?
or “Lagu mana mak pak hang buleh bagi nikah muda?” 
or “Lagu mana hang mintak kebenaran kahwin?”

and I was like “sama je soalan dia orang ni?”

Hmm. It wasn't me. Sebab bukan aku yang berkuasa. It was Allah. Allah's Will. KuasaNya. Cuma perjalanan perasaan yang aku hadapi, it wasn’t easy. Bukan semudah mintak kebenaran, atau bukan semudah beritahu nak kahwin. Dan sebenarnya bukan semudah itu mak pak ceq buleh bagi nikah muda. And bukan semudah itu bukan semudah itu *sambil kemam bibir pejam mata geleng kepala*

It was berbaldi-baldi berbesen-besen air mata pujuk rayu. Bukan sekali habaq mai !!! bukan dua kali ! Bukan tiga kali ! Beribu-ribu-ribu kali hangpa tau dak? Itu pun macam-macam syaratnya, yang tak mampu dikabulkan pulak tu ! Ehem. Bukan setakat aku je menangis sebab merayu nak kahwin tu, mama aku pun sekali.  Mana tak nye, sayang sangat kat anak dia ni haa. Anak *manjekk laa kononnya~

And, niat nak kahwin tu sejak form 4 dah ada. HaHa gatai noh! Tapi since aku habis SPM aku dah mintak izin nak kahwin… Tapi masa tu takut-takut lagi. Mintak izin pun malu-malu. Sebelum cakap tu dok practice depan cermin. Tarik nafas hembus, tarik hembus tarik hembus. After masuk matrikulasi baru mintak betul-betul. Dengan serius nya. Dengan yakin nya cakap. Tapi !!! Tak dapat gak… Lama sikit mintak izin lagi, ntah berapa puluh time dah mintak izin, tapi? Hampeh. HeHe. Well, alam rumahtangga ni bukan perkara main-main. Mak ayah mana tak risau kan? Dah kenapa anak aku ni selak nak kahwin ni HaHa.

Bila duduk matrik, setiap jumaat ada ceramah pasal perempuan, pensyarah semua cakap pasal kahwin muda, banyak sangat ceramah pasal perempuan digalakkan kahwin cepat. Lelaki pun sama. And aku ni naik gila HaHaHa Allah je yang tahu. Punyalah macam desperate kan. Classmate aku tahu dah, bab kahwin je dorang ajak aku bergosip. Mesti cerita kat aku. Ramai jugak rupanya kawan-kawan aku yang sepesen aku ni~ Ingatkan aku sorang je~


Masa kat matrik lah boleh kata paling banyak aku menangis. HaHa. Nak gelak? Gelaklah. Lepas dengar ceramah kea pa kan, mesti meleleh air mata. Mula-mula sopan je. Masuk je bilik makin sebak lepastu guling atas katil sampai bawah katil. Naik kerusi turun kerusi. Last-last baring kat lantai sambil peluk kaki kerusi. Punyalah sedihkan. HaHa. Tak caya? Tanyalah kawan-kawan bilik aku FB dia Aisyah Aimi, Fifiy Sofea, Nur Piqa. HeHe. Boleh bayangkan tak? And boleh kata masa kat matrik jugaklah aku banyak buat solat sunat. Bangun tengah malam pun sanggup. Sabarlah~ istiqamah~

After 3 years, semuanya kuasa Allah. Aku selalu hold on statement ni “hati manusia, Allah yang pegang.” Memang betul. Tak kisahlah keras mana pun hati orang, kalau Allah nak lembutkan, kun faya kun. Macam parent jugak, just trust. Keras mana pun hati mak ayah kita, akan terselit jugak lembutnya. Sebab, mak ayah mana yang tak sayang anak kan.  Finally dia orang akan ada jugak sifat ihsan tu. And last-last, Allah tolong jugak…

Sebab "Sesungguhnya ganjaran bagi orang-orang yang bersabar itu tidak terbatas"


Its magic, bila cuti sem. My parent sendiri tanya jadi tak nak kahwin? Bila nak buat? Dah fikir tarikh ke? Dah kenapa tetiba je kan. Lepastu aku pulak yang jawab “tak payahlah cakap pasal ni. Sama jugak nanti jawapannya. Nanti kecewa lagi, sakit hati lagi” Kemain berani mulut aku kan. Aduiiii.

Bohonglah kalau kata takde orang mengata. Kenapa nikah khitbah? Kenapa kahwin gantung? Its always. Mulut orang memang takkan berhenti. Tapi tetaplah pendirian, I’m not looking for redha manusia. I’m looking forward redha Allah. Kalau ikut je apa orang cakap, jangan hidup. Baik mati. Sebab aku hidup bukan untuk dengar cakap orang. Aku hidup sebab aku tahu apa nak buat. Bukan orang lain yang atur-atur. Aku ada cita-cita sendiri, tak sama dengan orang lain. Tak sama dengan orang yang nak habis study dulu baru kahwin. Tak sama dengan orang yang kerja dulu baru kahwin. Tak sama dengan orang yang ada PhD dulu baru kahwin. Sebab aku degree student, and I’m a wife. And I am proud I’m married on my 19years old. I am proud I’m married ya Allah.           Subhanallah its amazing feeling.


Just keep on trying. Keep on praying. Don’t stop mintak mintak mintak dekat Allah. One time bila Allah dah susun atur, akan sampai jugak jodoh pada masa yang sesuai dan keadaan yang sesuai. Yang semua orang tak tahu apa hikmahnya kita kahwin pada tarikh tersebut, kecuali kita sendiri. Pedulikan apa orang nak kata, sebab ada hikmah kenapa Allah aturkan pada masa itu. Hikmah tu kita kena cari sendiri. And bila dah jumpa hikmah kita berkahwin tu, you’ll see how Allah is Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Maha Bijaksana. 

Kalau Allah tak ikatkan aku hari ni, will be something else yang kita tak tahu hanya Allah je yang tahu. Then bila orang kutuk, biarkan. Sebab jalan cerita kita tak sama dengan dia. Mungkin Allah bagi kita kahwin awal sebab Allah tahu kita mampu, kita boleh.


And again, just keep on trying keep on praying and don’t stop mintak-mintak-mintak. Allah tu Maha Mendengar. Dan Allah tu takkan sia-siakan doa kita.