Assalamualaikum.
Its been a long time not to update my blog. Quite busy since I already have two beloved sons. Alhamdulillah all praise to Allah sebab still bagi peluang untuk hidup dan merasai pengalaman bercinta bersama suami dan anak-anak. Bukan mudah menjadi seorang isteri, ummi, dan anak dalam satu masa apatah lagi menjalankan perniagaan sendiri diiringi karenah tantrum si anak, apatah lagi anak anak yang kedua-duanya masih kecil. Tapi inshaa Allah semua ini jalan cerita yang Allah beri berdasarkan kemampuan kita..
Melayari kehidupan ini adalah untuk menjadi seorang yang selalu redha. Meredhai dan diredhai. Banyak juga moment-moment yang menyayat dan mengguris hati tetapi kalau kita sedar, itulah teguran dan ujian Tuhan untuk membaiki silap kita. Tuhan takkan bercakap dengan kita secara direct dan telus sebab kita bukan Malaikat. Kita cuma makhluk biasa yang perlukan perantara untuk menegur dan membaiki kita hari demi hari.
A last few weeks I had some arguments with someone who so called closed people of me and my husband too. The argument started from me which I mistakenly arranged my sentences to ask sorry and to defend myself up but the person mistakenly understood my tone of speech(because we're on whatsapp). Thus become a bigger problem when the person told her buddy, then her buddy started to intervened, seem to settle the argument down but it became worse then.
I felt a bit lost. And tersangat menyesal. So I text my deen-friend asked some solution for my self indeed.
"Bukalah Quran. Baca tafsirnya. Allah akan tegur secara direct." Beliau cakap macamtu.
Aku terus ambil wudhuk dan solat dua rakaat. Menangis sebab betul. Memang betul aku dah lama sangat tak baca tafsir. Last baca tafsir masa lepas bersalin Mujahid sebab masa tu tak boleh pegang Quran so rather choose to listen and read the translation.
Lepas tu buka tafsir Quran. Aku main bukak je mana-mana yang terkena. Surah Yusuf. Cerita pasal Nabi Yusuf yang dipenjara walaupun dia tak bersalah dan berada di pihak yang benar. Lepastu aku selak lagi kena dekat surah An-Nuur. Aku menangis lagi sebab kali ni memang Allah tegur lagi. Ayat 22 Surah An-Nur:
"Hendaklah kamu memaafkan kesalahan orang-orang itu (yang berbuat kejahatan terhadap kamu). Bukankah kamu mahu diampunkan dosa-dosamu oleh Allah? Sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Lepastu aku baca explanation lagi. Dekat situ dia explain, memaafkan orang lain adalah lebih utama, berbanding meminta maaf. Dan kesalahan orang terhadap kita itu adalah urusan Allah. Maksudnya just let Allah do everything. Kita cuma perlu memaafkan. And alhamdulillah. Ilmu baru yang sangat besar nilainya dalam hidup aku. And suddenly terbaca status dekat wall FB "Beruntunglah orang yang memaafkan orang lain hanya kerana mencari redha Allah"
Well kita rasa kita dah solat, dah bertaubat, dah baca Quran, dah buat amalan sunat, dah taat kat penaung syurga kita, dah buat baik. Kita kata kita maafkan orang tapi jauh di sudut hati kita, kita masih belum boleh lupakan. Kita masih teringat kezaliman orang dekat kita. Hancur berkecai hati kita. Kita masih tak boleh lupa apa orang buat. Itulah kuasa syaitan. Dia letak rasa dendam dalam hati kita walaupun sedikit. Takkan tenang wa cakap T_T.
Kalau takde argument yang berlaku ni, tak mungkinlah aku belajar memaafkan. Kalau takde argument ni tak mungkin lah Allah gerakkan hati aku untuk buka tafsir Quran.
Teringat sirah zaman dulu Nabi sebut-sebut seorang pemuda ahli syurga. Bila Muadz tinggal dengan pemuda tersebut, tiada amalan istimewa yang dia buat. Muadz pelik lalu tanya sendiri dekat pemuda tersebut. Rupa-rupanya, setiap hari pemuda tersebut memaafkan orang lain, tak marah walau dianiaya dan buat baik dekat semua orang.
Susah kan? Susah. Sebab syaitan janji kalau tak dapat sesatkan kita dengan perkara besar maka dia akan sesatkan kita dengan perkara kecil. Mungkin sekecil penyakit hati? Tetapi dosanya tetap besar.
Alhamdulillah for this learning all from Allah. Learn from mistakes and keep forgiving.
Setiap detik hidup kita adalah pembelajaran. Beruntunglah orang-orang yang berfikir walau sekecil-kecil hikmah. Kerana berfikir itu kembalikan kita kepada fitrah dan iman. Kerana berfikir itu ciri-ciri orang beriman.
Wallahualam.